Ada sesiapa yang almarinya penuh dengan warna hitam, nak dibandingkan dengan warna lain? Penulis sendiri menggemari warna hitam, dan memakainya pada bila-bila masa terutama ketika travel.
Pasti ada yang terfikir kenapa kebanyakan orang suka warna hitam sedangkan warna itu murung dan malap, langsung tiada serinya. Eh silap sekali, kerana hitam adalah warna klasik yang mampu memberi seri kepada si pemakai dengan kelasnya tersendiri.
Pernah tak kamu memakai hitam from head to toe? Ini beberapa alasan mengapa kamu harus mempertimbangkan memakai semua hitam. Satu kelainan yang mampu membuka mata kamu dalam berfesyen.
Kamu tidak perlu fikir akan apa yang kamu pakai
- Foto – Pinterest
Jika kamu mempunyai bau dan seluar warna yang sama, kamu tidak perlu lagi pening kepala untuk menyuai padan outfit yang lain. Sekaligus menyenangkan fıkran dan tidak perlu stress memikirkan outfit apa yang perlu dipakai pada hari itu.
Hitam berfungsi dengan setiap tona kulit dan warna rambut
Hitam masuk dengan semua orang, tidak mengira tona kulit dan warna rambut. Sama ada kamu berkulit putih gebu seperti Adira Suhaimi, kuning langsat ala Nabila Huda, atau rambut blonde bak Blackpink Rose dan ramai lagi, black totally works with everyone.
Hitam sesuai untuk semua acara
- Foto – Pinterest
Temuduga kerja? Hitamlah yang menjadi pilihan majikan. Temu janji pertama bersama si dia? Kenapa tidak. Hadiri acara kematian? Pakailah hitam sebagai tanda hormat. Hitam paling mudah dan penyelamat!
Hitam ialah item fesyen yang timeless
Walaupun sekarang terlaulu banyak trend fesyen tetapi item fesyen yang timeless adalah lebih selamat kala berfesyen malah kamu juga tidak perlu update wardrobe setiap musim. Hitam fesyen yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan boleh dipakai sepanjang zaman tanpa rasa jemu.
Kamu tidak nampak berlebihan
- Foto – Pinterest
Ingat tidak semua fesyen terkini yang sedang hangat sesuai untuk semua orang. Takut silap hari bulan nanti kamu digelar mangsa fesyen pula. Jadi, sekali lagi hitam warna yang mudah dan penyelamat. Orang tidak mungkin akan katakan ini “kau over gila pakai hitam” kepada kamu.
Kalau kotor orang tak perasan
Tentu sahaja! Lagi pula kalau kamu pergi travel, pakai warna hitam… orang tak mungkin tahu itu adalah baju yang sama. Kalau kotor, orang tak perasan dan kamu tidaklah kecoh dan moody seharian. Tiada siapa yang boleh melihatnya. Cubalah pakai putih, memang haru hidup kamu pada hari itu.
Pakai hitam dan jangan risau lagi!