Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Inilah Masanya Untuk Rasai Sendiri Rumah Original BTS: In The Soop Di Airbnb!

by Soph.Azz
July 28, 2022
Foto - Airbnb

Foto - Airbnb

27
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Buat peminat K-Pop terutamanya ARMY, DIVA ada satu berita yang bakal mengujakan kamu!

Sesiapa yang pernag ikuti rancangan realiti BTS: In The Soop (Musim Kedua), kamu pasti familiar dengan lokasi pengembaraannya. Buat pertama kalinya, pihak Airbnb memberi peluang untuk peminat BTS menikmati serta menginap di penginapan yang didiami oleh BTS.

Apa Yang Best Bila Menginap Di Sini?

Terletak di Gangwon, Korea Selatan, kamu berpeluang untuk menginap hanya semalam sahaja dengan harga $7*** bermula pada 29 Ogos ini. Apa yang best bila menginap di sini, kamu berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri;

Foto – Airbnb
  • Beberapa perabot dan kemudahan digunakan sama seperti dalam rancangan tersebut.
  • Mesin karaoke, sistem bunyi serta semua lagu dan album hit BTS termasuk “Permission To Dance”, “Butter” dan album baru mereka; Proof.
  • Hidangan yang disediakan khas seperti daging lembu Korea panggang dengan arang dan tteokbokki serta tart telur yang dihasilkan oleh Bang & Bakers di HYBE INSIGHT.

Macam Mana Nak Tempah?

Untuk menempah penginapan ini, kamu boleh memohon untuk  menempah bermula pada hari Selasa, 2 Ogos dari pukul 11 pagi KST (Selasa, 2 Ogos, 10 pagi MYT) di [SINI].

Foto – Airbnb

Apabila tempahan disahkan, setiap tetamu perlu (1) bertanggungjawab untuk merancang perjalanan mereka sendiri ke dan dari Seoul, Korea Selatan. (2) Pengangkutan kereta ulang-alik akan disediakan untuk perjalan 20  minit dari stesen KTX PyeongChang ke penginapan BTS: In The Soop.

Foto – Airbnb

Bila menginap di sini, DIVA syorkan untuk kamu rasai dan lakukan beberapa aktiviti ini;

  • Membaca buku di bilik bacaan seperti RM atau bergaya santai seperti Jin di atas pelampung berbentuk unikorn di kolam renang.
  • Mencari inspirasi kreatif dan  bermain gitar seperti SUGA, polaroid selfie seperti J-Hope atau melukis di atas kanvas seperti V.
  • Untuk aktiviti sukan pula, lakukan senaman berat seperti Jimin, bermain trampolin seperti Jung Kook atau lantunkan bola di gelangang bola seperti Bam, anjing peliharaan Jung Kook.

Selamat bercuti!

Tags: airbnbairbnb gangwonairbnb seoulbts: in the soop
Share11SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Inilah Masanya Untuk Rasai Sendiri Rumah Original BTS: In The Soop Di Airbnb!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.