Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

#DIVAKongsi Tanda-Tanda Kulit Kusam & Cara Atasi Dengan Mudah!

by Indah Aziz
July 30, 2022
Foto - Beauty Crew

Foto - Beauty Crew

33
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Masih ada lagi yang keliru tentang kulit kusam. Tak tahu nak beza kulit yang berseri atau kusam itu macam mana?

Ingatkan bila dah bebas jerawat, kulit confirm glowing macam Son Ye-Jin. Bukan ya..

Anda kena faham, kulit kusam ini bila orang tengok kulit, orang akan tanya…”tak cuci muka ke?” atau “kenapa pakai mekap pun nampak sama jer?”

Jadi apa sebenarnya tanda-tanda kulit kusam?

Cuba anda periksa secara menyeluruh kulit wajah anda. Jika punya tona kulit tidak sekata, terdapat tompokan kulit kering dan paling ketara apabila kulit tidak memantulkan cahaya apabila terkena sinaran matahari atau lampu. Itu memang sah kulit kusam kelabu asap!

Paling sedih, bila anda pakai bedak atau foundation seperti terdapat satu lapisan yang tidak mahu melekat atau sebati pada kulit anda.

Foto – Skin Care Top News

Salah satu lagi cara nak tahu kulit kusam. Cuba kamu selfie dan kemudian lihat samada wajah kamu gelap kusam atau berseri-seri walaupun tanpa solekan didalam gambar.

Cara mudah hindari kulit kusam tidak bermaya

#1 Skrub muka

Salah satu punca kenapa kulit kusam ialah bila kulit tidak dibersihkan dari sel-sel kulit mati. Malah, ia juga menyebabkan pori-pori mudah tersumbat dan akhirnya membiak jerawat. Rajinkan diri anda untuk lakukan skrub muka sekurang-kurang 2-3 kali seminggu.

Pilih skrub yang mempunyai gentian yang halus bagi membantu menyingkirkan sisa kulit mati tanpa mencederakan lapisan kulit anda.

IKLAN

Skrub muka pilihan DIVA: Ferrarossa Peach Dead Skin Exfoliator Facial Scrub [BELI]

Foto – Pinkvilla

#2 Minum air kosong

Kurangkan minuman manis, lebihkan air kosong atau air suam. Dehidrasi menyebabkan aliran darah pada kulit berkurang. Kesannya kulit kelihatan pucat, tidak bermaya dan dalam jangka masa panjang kesan penuaan boleh berlaku dengan pantas.

Perbanyakkan pengambilan air kosong dalam diet anda. Sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan sedaya-upaya untuk tidak mengambil kafein.

#3 Pakai pelembab

Kulit yang kering adalah punca biasa kulit kelihatan kusam. Ini berpunca dari rekahan sel kulit-kulit mati yang terkumpul. Kesannya tekstur kulit kelihatan tidak sekata.

Atasinya dengan pemakaian pelembap yang konsisten (siang dan malam). Pelembap akan menghidrat dan membaiki fungsi skin barrier serta mengekalkan hidrasi kulit yang asli.

Foto – Organic Beauty Lover

Langkah nak dapatkan kulit flawless dan glowing sebenarnya mudah kalau kita rajin dan konsisten. Bukan semata-mata bergantung pada produk vitamin kecantikan.

Jadi cuba anda semak semula, adakah kulit anda memang terlihat kusam dan adakah dalam beauty routine anda lengkap tiga langkah diatas?

Tags: kenapa kulit kusamtanda-tanda kulit kusam
Share13SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    #DIVAKongsi Tanda-Tanda Kulit Kusam & Cara Atasi Dengan Mudah!

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.