Nak pilih bau signature sesuai dengan peribadi diri adakala boleh memeningkan. Tapi kalau dah dapat sesuai di hati, memang akan setia dan tak cari yang lain.
Ini, DIVA nak beritahu koleksi eksklusif Chloé Atelier des Fleurs melancarkan 15 bauan di Sephora.
Istimewanya Chloé ADF diilhamkan daripada bunga kegemaran seperti mawar, jasmin, magnolia dan beberapa lagi secara eksklusif menggunakan bahan-bahan asal semula jadi. Setiap pewangi dalam koleksi menegaskan satu bau bunga, aromatik atau kayu.
- Foto – Chloé Atelier des Fleurs
Daripada 15, tiga wangian 100% asli yang baru diperkenalkan, Narcissus Poeticus, Iris dan Ylang Cananga. Dirumus dengan alkohol dan air yang diperoleh secara semula jadi, tidak mengandungi penapis atau pewarna tiruan, kotak dan botol pula diperbuat daripada bahan kitar semula. Kiranya Chloé ADF serba-serbi mesra alam.
- Chloé Atelier des Fleurs Rosa Damascena, Lavanda, Magnolia Alba, Cedrus, Hibiscus Abelmoschus, Herba Mimosa, Neroli, Verbena, Jasminum Sambac, Vanilla Planifolia, Papyrus, Tuberosa semuanya berharga RM428 (50ml) & RM900 (150ml).
- Chloé Atelier des Fleurs Narcissus Poeticus, Iris, Ylang Cananga semuanya berharga RM530 (50ml) & RM1,035 (100ml).
- Foto – Chloé Atelier des Fleurs
Chloé ADF hanya tersedia di Sephora Fahrenheit88 sahaja dan www.sephora.my.
IKLAN
Beli Chloé ADF 50ml, akan mendapat 3 hadiah dengan item pembelian.
Beli Chloé ADF 150ml, akan mendapat 4 hadiah dengan item pembelian.
Dari 29 hingga 31 Julai, kamu berpeluang mendapat sejambak bunga untuk pembelian Chloé ADF.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.