Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Serba Indah & Anggun: Gaun Maison Valentino Sering Muncul Di Karpet Merah

by Indah Aziz
July 30, 2022
Foto - Riflesso

Foto - Riflesso

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Idea Maison Valentino dalam menghasilkan gaun wanita memang tidak pernah lelah dengan tambahan lapisan fabrik berombak, dramatik, warna-warna feminin dan potongan yang ekstravaganza.

Ia sudah tentu menjadi idaman ramai untuk tampil bak puteri raja terutamanya para selebriti yang menjejak kaki di karpet merah. Tidak pernah lagi dengar ulasan buruk dari gaun Maison Valentino. Semuanya dipuja-puja tidak kira dari segi warna, cetakan, siluet dan konsep koleksi gaun.

Ternyata gaun-gaun Maison Valentino tidak lapuk dek zaman. DIVA tampilkan gaun yang serba indah dan menaikkan seri anggun para selebriti yang menyarungnya.

Gaun kembang merah jambu lembut ini digayakan oleh Lady Gaga ketika menghadiri Festival File Venice 2018. Umpama puteri kayangan yang diselaputi bulu pelepah burung kayangan. Gaun kelihatan ringan kerana ilusi beralun bulu-bulu yang menyentuh tubuh Lady Gaga. Cantiknya! 

Foto – Haerper’s Bazaar

Angelina Jolie begitu selesa dalam gaun direka khas buatnya oleh Maison Valentino Couture. Skirt gaun yang labuh dan kembang dipadankan dengan kemeja putih dan blazer hitam. Poket tetap ada, itu yang uniknya rekaan Valentino. 

Foto – Tom + Lorenzo

‘Gadis Valentino’ Zendaya memang selalu sangat dapat bergaya dengan helaian Valetino. Namun DIVA cukup tertarik gaun panjang chiffon kuning Valentino ini. Ia mengambil masa 300 jam untuk disiapkan dan ia diinspirasikan dari penyanyi lagenda, Cher.

Foto – Vogue

Naomi Campbell hadir ke majis Prince’s Trust Fund Gala dalam gaun kembang serba ungu. Potongan leher klasik seperti ‘off-the-shoulder’ dan lengkap berlengan panjangan memberi aura seperti drama period Bridgerton.  

Foto – PopSugar

Tak sangka rupanya Jennifer Lopez pernah menyarung gaun Valentino ketika dijemput ke Met Gala 2017. Gaun biru lembut yang dihiasi layar labuh membuatkan JLo mirip Cinderella pula. Sungguh menawan! 

Foto – Vogue

Berani sungguh Dua Lipa memakai gaun kembang merah, bertingkat dan berbulu dari koleksi Valentino Spring 2019 Haute Couture. Ia rapi dengan potongan leher ‘one-shoulder’ dan belahan kaki sehingga peha. Cukup sesuai sekali dengan personaliti Dua yang lincah dan ceria. 

Foto – Quien

Agaknya kamu pernah tak berangan nak berhias dengan gaun Valentino?

FILED UNDER gaun maison valentinomaison valentinomaison valentino malaysia
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.