Melancong secara solo? Mesti ramai yang tak mampu melakukannya, lebih-lebih untuk kaum hawa. Rasa takut yang menebal membuatkan kita langsung tak memikirkan perancangan sedemikian.
Tapi, kalau kamu mempunyai niat dan keinginan untuk melancong secara solo, kena tahu 8 perkara ini, nescaya ia memudahkan proses berlibur.
Buat kajian terlebih dahulu tentang destinasi yang ingin dituju
Alaf ini, semuanya berada di hujung jari anda. Google saja maklumat tentang destinasi yang menjadi pilihan anda. Maklumat yang kamu peroleh daripada laman web rasmi pelancongan mungkin mengandungi info yang sedikit.
Jadi apa kata kamu layari juga laman web berbentuk forum jadi kamu boleh lihat dan nilaikan sendiri pendapat dan pengalaman orang yang pernah melancong ke sana sebelum ini.
Pack smart
Melancong berseorangan bermaksud kamu perlu memastikan barangan yang dibawa adalah lengkap. Jika kamu melancong berteman, kamu mungkin boleh meminjam barangan yang kamu tertinggal untuk bawa dengan teman.
- Foto – A Sweat Life
Jadi, buat checklist, dan periksa betul-betul untuk memastikan kamu tidak tertinggal peralatan atau barangan penting. Tempatkan wang tunai dan kad kredit kamu di dua tempat yang berasingan, andai kata kamu terhilang salah satu, kamu masih punya back up.
Belajar untuk suka bersendirian
Kebanyakan orang mempunyai rasa takut untuk berseorangan, apatah lagi ketika bercuti atau melancong. Majoriti juga berpendapat yang bercuti seorang diri akan menjadi moment yang membosankan dalam hidup.
Hakikatnya, dengan pergi bercuti seorang diri, kamu boleh menentukan ke mana anda ingin pergi dan aktiviti yang kamu ingin lakukan tanpa perlu memikirkan pendapat dan keselesaan orang lain.
Jaga keselamatan diri
Ini adalah faktor utama yang menjadi kebimbangan setiap individu jika ingin pergi melancong seorang diri. Walau bagaimanapun, pertama sekali, berhenti jadi paranoid. Kamu perlu realistik dengan bahaya yang mungkin dihadapi.
IKLAN
- Foto – WanderLust
Ambil langkah keselamatan seperti jangan memakai barangan kemas. Jangan tayang barangan bernilai kamu seperti wang tunai yang banyak di tempat umum. Seperti juga menjaga keselamatan di tempat sendiri, jangan ambil risiko dengan pergi ke lorong belakang bangunan dan sebagainya.
Cari kawan baru
Pergi ke tempat yang baru juga memberi kamu peluang untuk membuat kawan baru. Mungkin dengan berbaik-baik dengan penduduk tempatan akan membuka ruang untuk kamu lebih lagi mengetahui tentang destinasi pelancongan.
Memilih penginapan seperti homestay juga adalah satu idea yang baik.
Kekal berhubung
- Foto – Travel and Style
Walaupun kamu melancong berseorangan, pastikan kamu sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Selain boleh melepaskan rindu, kekal berhubung dengan mereka adalah penting untuk memastikan mereka tahu tentang perkembangan dan keselamatan diri kamu.
Jaga cara pemakaian kamu
Jangan memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang terhadap kamu. Untuk wanita, elakkan berpakaian terlalu seksi dan mendedahkan.
Pemakaian minyak wangi juga boleh dikurangkan semasa keadaan ini. Secara ringkas, apa sahaja yang boleh menarik perhatian orang atau mengundang bahaya.
Rancang perjalanan
Rancang perjalanan kamu dengan baik. Pastikan kamu sampai ke destinasi pada waktu siang. Waktu siang lebih cerah dan selamat untuk kamu memulakan perjalanan nanti.
- Foto – Solo Female Traveler
Selain itu, kamu mungkin akan membazir masa dan wang jika sampai pada waktu malam. Aktiviti kamu akan terbatas dan kamu juga perlu bayar untuk penginapan hotel nanti.
Semoga tips ini membantu dan memudahkan perjalanan kamu nanti.