Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Koleksi Idea Solekan Mata Yang Cantik, Sesuai Untuk Wanita Asia!

by Soph.Azz
July 26, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Untuk hasilkan mata yang cantik dan galak, mestilah solekan mata yang sesuai serta terbaik yang jadi kunci utamanya!

DIVA memang yakin di antara kita iaitu wanita Asia, sentiasa mengikuti dan mencuba trend terkini mengenai solekan terutamanya solekan mata; daripada smokey eye, graphic eye hingga ke cat eye. 

Walaupun terdapat banyak lambakan idea dan inspirasi solekan mata; berikut adalah antara solekan yang DIVA rasakan sangat sesuai untuk wanita Asia cuba. Lihat di bawah;

Foxy Eye 

Foto – @punpun_sutatta (IG)

Sentiasa menjadi trending, cara untuk lakukan foxy eye adalah;

  1. Lukiskan wing bermula daripada tengah kelopak mata hingga ke hujung dalam garis yang lurus.
  2. Pastikan ekor wing tersebut senget ke bahagian atas ye.
  3. Pada bahagian pangkal mata, lukiskan bentuk yang tajam untuk berikan ilusi mata yang tajam dan panjang.
  4. Akhir sekali tambahkan garis yang lurus sama seperti (1&2) di bawah garis mata.

Wink Eye 

Foto – @earnpatt (IG)

Trend ini menjadikan bahagian mata lebih cerah, berkilauan dengan wing yang lembut seperti wanita Korea. Cara untuk lakukan trend solekan mata ini adalah;

IKLAN

  • Bermula dari tengah atau hujung mata, tarik eyeliner dalam garisan yang lurus. Pastikan garisan tersebut nipis dan kecil saja.
  • Kemudian pastikan wing tersebut tidak nampak bertompok atau bulat, tetapi nampak seperti garisan lukisan yang tirus semula jadi.

Graphic Eye 

Foto – Pinterest

Banyak digunakan semasa pertunjukan fesyen, kamu perlu mencari dulu lukisan grafik kegemaran. Kemudian menggunakan eyeliner berwarna-warni, tiru semula lukisan grafik di atas kelopak mata. Untuk bagi lebih stand out, gunakan eyeliner hitam juga ye.

Soft Cat Eye 

Foto – @armytoast (IG)

Bagi wanita yang mahukan penampilan yang agak seksi, DIVA syorkan untuk kamu lakukan solekan soft cat eye.

  1. Gunakan base eyeshadow berwarna nude atau coklat; senada dengan warna kulit untuk kesan semula jadi.
  2. Lukiskan wing bermula dari bahagian tengah kelopak mata hingga ke hujung. Pastikan wing tersebut tidak melebihi garisan double eyelid.
  3. Kemudian kamu juga boleh tambahkan sedikit kilauan untuk tarik perhatian.

Innocent Eye 

Foto – @dlwlrma (IG)

Innocent eye atau natural eye look sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan solekan yang berat pada mata. Caranya untuk lakukannya adalah;

  • Ikut keselesaan kamu sama ada nak gunakan eyeshadow berwarna-warni, nude atau tidak.
  • Ambil eyeliner dan lukiskan garisan di bahagian dalam garisan mata.
  • Lukis sepanjang garis mata hingga ke hujung.
  • Bahagian hujung pula, tarik ke atas untuk hasilkan efek wing yang yang lebih semula jadi.

Cantik-cantik dan simple kan, memang sesuai sangatlah dengan wanita Asia!

Tags: mekap asiamekap wanita asiasolekan mata
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Koleksi Idea Solekan Mata Yang Cantik, Sesuai Untuk Wanita Asia!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.