Fun sekali koleksi TOUS untuk musim panas kali ini.
TOUS Vibrant Colors yang diinspirasikan oleh musim panas ini memperkenalkan barang kemas yang menggabungkan batu permata dan enamel dalam warna penuh. Koleksi lebih menumpukan pada campuran produk dengan fokus pada penampilan telinga, gelang dan lapisan dengan cara yang menyeronokkan dan dinamik.
- Foto – TOUS
Koleksi barang kemas Musim Panas terdiri daripada Vibrant Colour, St. Tropez, Straight, Sweet Dolls, Teddy Bear dan Cool Joy. Koleksi ini boleh didapati dalam pelbagai jenis logam seperti perak 925, perak vermeil dan keluli dan Emas 18K digabungkan dengan batu permata dalam warna-warna cerah!
IKLAN
- Foto – TOUS
- Vibrant Colour – Koleksi kontemporari ini memperkenalkan barang kemas yang menggabungkan batu permata dan enamel dalam warna penuh.
- St. Tropez – Gelang dan rantai berwarna-warni, dengan keluli, sesuai dipakai dalam iklim tropika.
- Straight – Kepingan vermeil dengan batu permata berwarna adalah pelengkap sempurna kepada koleksi St Tropez.
- Sweet Dolls – Barang kemas ikonik TOUS, menarik dengan percikan warna digabungkan dengan perak 925.
- Teddy Bear – Sebagai penghormatan kepada ikon TOUS dan teknik barang kemas yang inovatif, TOUS mencipta koleksi Teddy Bear. Barang kemas yang dalam pelbagai kepingan, mencipta semula teddy bear yang memberi inspirasi kepada Rosa Oriol semasa lawatan ke Milan pada tahun 1985.
- Cool Joy – Koleksi emas TOUS 18K dengan taburan batu permata dan rupa moden. Cool Joy memberikan rupa yang lebih romantik dan manis.
- Foto – TOUS
- Foto – TOUS
- Foto – TOUS
Nak beli atau sekadar cuci mata, boleh pergi stor TOUS yang terletak di Bangsar Village 2, Pavilion KL dan Sunway Pyramid. Lawati kedai rasmi e-dagang di Zalora, Lazada atau Shopee.