Memang betul apabila ada yang mengatakan rutin penjagaan wajah dan diet yang betul adalah solusi yang terbaik; dalam mendapatkan kulit yang sihat serta bersih.
Tetapi ada kalanya kita memerlukan hasil yang segera, lebih-lebih lagi bila mahu melangkah keluar dari rumah. Jadi untuk solusi yang pantas dan cepat, sudah semestinya color corrector akan jadi ‘penyelamat’!
Bila kamu gunakan colour corrector yang sesuai dan betul caranya, ia boleh tutup segala kemerahan, jerawat, cela, dark circle hingga ke pigmentasi.
Selepas apply colour corrector, blend concealer atau foundation dan lihat hasilnya selepas itu; kulit akan jadi lebih sekata, cerah dan kurang kelihatan berbanding hanya gunakan concealer.
Bobbi Brown Skin Corrector Stick
- Foto – Sephora
Skin corrector stick ini boleh dilapisi dengan concealer yang warnanya sepadan ataupun kamu boleh pakainya saja; untuk naikkan kecerahan wajah yang lebih semula jadi.
GIVENCHY Prisme Libre Loose Powder
- Foto – Sephora
Colour correcting setting powder ini adalah pilihan terbaik untuk si kulit berminyak! Rona warna pastelnya boleh mencerahkan, mengaburkan dan meningkatkan keseluruhan tekstur wajah.
IKLAN
NARS Radiant Creamy Colour Corrector
- Foto – NARS
Tips DIVA, gunakan jari manis kamu untuk dab colour corrector ini secara perlahan ke dalam kulit tanpa perlu menggosokknya.
MAC Studio Fix Conceal And Correct Palette
- Foto – MAC Cosmetics
Mengandungi dua colour corrector dan empat concealer, kamu boleh menutup segala kemerahan, pigmentasi dan dark circle di wajah dengan berkesan!
Fenty Beauty Bright Fix Undereye Brightener
- Foto – Sephora
Didatangi dalam pelbagai warna, setiap satunya pasti sesuai untuk kamu tutup dark circle yang degil. Yang best, iai tahan lama dan kalis peluh tau!
CLINIQUE Redness Solutions Makeup SPF15
- Foto – Clinique
2 dalam 1, foundation bebas minyak ini mengandungi color corrector yang dirumus untuk neutralisasikan kemerahan di wajah.
NYX Professional Makeup 3C Palette – Conceal Correct Contour
- Foto – Look Fantastic
Palet ini mengandungi semua rona colour-correcting yang kamu perlukan; daripada jerawat, parut jerawat, kemerahan hingga dark circle. Malah ada juga warna coklat yang berfungsi sebagai kontur.
Selamat mencuba!