Kegemaran setiap beauty junkies? Krim pelindung matahari dari Beauty of Joseon merata di media sosial, sana sini menceritakan keberkesanannya, sampaikan ada yang kata ‘skip moisturizer’, kerana sunscreen ini dah cukup.
Beauty of Joseon Relief Sun : Rice + Probiotics SPF50+ PA++++ ialah chemical sunscreen yang lembut pada kulit, kerana memasukkan bahan-bahan penenang dan pencerahan kulit, ia membolehkan kulit jenis sensitif menggunakannya dengan mudah.
Jom kita selidik apa yang best sangat tentang sunscreen viral ini.
Formula Yang Melembapkan
@imhannahcho literally the BEST sunscreen ive ever tried… i have combo(more oily)/sensitive/acne prone skin for reference #sunscreen #spf #kbeauty #beautyofjoseon #koreanskin #sunscreenreview
Sunscreen dengan formula lembap ini membolehkan penyerapan segar, tidak melekit dan berminyak, serta paling penting tidak meninggalkan white cast.
Perlindungan Yang Kuat Terhadap UV
@hannabunnyb Taktau nak cakap cemana best dia cepatlah korang semua try 😭 #beautyofjoseon #beautyofjoseonsunscreen #sunscreenviral #skincareroutine #sunscreen
IKLAN
Memberi perlindungan sempurna ke atas kulit walaupun terdedah kepada sinaran UV untuk masa yang lama dan memudahkan penggunaan dengan meminimumkan bahan yang tidak diperlukan.
Bahan Magik Kompleks Bijirin
@dwichoong Reply to @chcufhcis1111 beauty of joseon relief sun rice probiotic spf 50 #sunscreenreviewdwi #sunscreenreview #sunscreentips #sunscreenapplication #sunscreenisimportant
Terhasil daripada 30% ekstrak beras + kompleks probiotik bijirin, ia mengandungi bahan lysate penapaian bijirin, yang membantu menyuburkan kekuatan semula jadi kulit, sekaligus baik untuk kulit yang sensitif.
“Rasa macam pakai moisturizer.”
“Tak meninggalkan white cast.”
“Kulit lembut dan memberi perlindungan sinaran UV.”
Macam-macam respon positif dari pengguna. Kamu kalau rasa nak cuba, boleh dapatkan sunscreen Beauty of Joseon sekarang di Hermo, Threebs, dan YesStyle.