Hujung minggu memang biasa nak habiskan masa di rumah? Terutamanya kalau anda seorang introvet. Memang rumah menjadi sarang untuk lepas dendam kesepian yang dah lama anda tagih sepanjang hari-hari bekerja.
Terasa lapang dan lega bila dapat balik dirumah. Lagi best pula rumah dilengkapi dengan pelbagai barangan kelengkapan yang canggih. Seronoklah nak bergolek atas katil, sambung tonton movie atau baca buku.
DIVA cadang anda dapatkan beberapa produk/kelengkapan rumah ini. Ia bukan sahaja memudahkan kerja-kerja ruma. Malah, dapat memenuhi konsep rumah moden dan minimalis!
#1 Vacuum robot

Malas betul rasa nak menyapu atau mop setiap hari! Lebih lagi baru lepas memasak dan makan. Nah, guna sahaja vacuum robot yang cukup pintar memerangkap sebarang kotoran di lantai atau karpet rumah anda. Cuma tekang butang hidup, ia akan berjalan menyedut kotoran, habuk dan bulu haiwan peliharaan. Paling best kalau anda pilih vacuum robot yang lengkap bersama fungsi mop.
Pilihan DIVA: Xiaomi Mi Robot Vacuum Cleaner – Mop Essential G1 [BELI]
#2 Bladless fan

Ramai yang tak tahu kelebihan bladless fan. Bukan sahaja memberi putaran angin yang laju dan kuat dari kipas biasa. Malah, anda tak perlu basuh bilah kipas. Cuma hanya perlu lap sahaja bila perlu, mudahnya! Kalau anda jenis mudah terganggu dengan bunyi kipas. Kipas tanpa bila ini lebih senyap tau.
Pilihan DIVA: Dyson Air Multiplier ™ AM07 Tower Fan [BELI]
#3 Mesin kopi (kapsul)

Rajin pula nak keluar rumah semata-mata untuk dapatkan kopi? DIVA suggest untuk anda labur sedikit wang untuk dapatkan mesin kopi. Tak perlu yang teknikal pun, beli sahaja kopi mesin kapsul ini. Lebih mudah dan jimat masa!
Pilihan DIVA: NESCAFÉ® DOLCE GUSTO® Piccolo XS Manual Coffee Machine [BELI]
#4 Penapis udara

Semua tahu bukan manfaat penapis udara yang boleh membersih dan mengembalikan kesegaran udara dalam rumah. Malah, bila ada penapis udara anda tak perlu menghabiskan masa rehat untuk mengelap habuk.
Pilihan DIVA: Philips Air Purifier 800 Series AC0820 [BELI]
#5 Suis pintar
Rugi kalau siapa yang belum akses suis pintar di rumah. Ia bukan sahaja boleh menjimatkan elektrik. Bahkan memudahkan pencahayaan lampu, penggunaan kelengkapan elektrik dan keselamatan anak-anak. Anda boleh menghidupkan barang elektrik atau lampu di rumah hanya dari aplikasi telefon pintar atau dari satu butang suis yang telah dibuat tetapan. Serius canggih!

Pilihan DIVA: Xiaomi Aqara Wireless Mini Switch One Button Control [BELI]
Barulah sejahtera sahaja duduk rumah dan minda pun terasa tenang dibantu dengan barang-barang diatas. Selamat mencuba!