Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Manis & Minimalis: Sadie Sink Boleh Jadi Contoh Untuk ‘Cantik Semulajadi’

by Indah Aziz
July 23, 2022
Foto - Netflix Junkie

Foto - Netflix Junkie

23
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak mula keluar dalam siri Stranger Things musim kedua, mata DIVA memang terpegun melihat kecantikan semulajadi Max. Biarpun menggalas watak kasar dan boyish. Jelas dari kehalusan kulit dan kilauan rambut, Sadie Sink sememangnya anak gadis yang mementingkan natural beauty!

Lima tahun selepas terlibat dari Stranger Things, Sadie kian dewasa menginjak umur 20 tahun. Penonton siri ini jadi saksi dimana Sadie semakin matang, apatah lagi terlibat dalam projek muzik video ‘All Too Well’ Taylor Swift. Memang sesuai sangat dengan personaliti Sadie.

Bila ditanya soal rahsia kecantikan, ternyata Sadie tidak mempunyai rutin atau solekan yang kompleks. Sadie lebih suka membawa penampilan ‘Max’ yang serba ringkas dalam dirinya.

Foto – InStyle

Kalau perlu bersolek pun bila menghadiri majlis karpet merah, temu-ramah rancangan televisyen atau sesi photoshoot.

Sadie say no kepada foundation! Sapuan sunscreen sudah memadai kerana dia suka untuk menayang bentuk unik freckles pada wajahnya. Ianya satu ‘aksesori’ yang cantik dan ada orang sampai sanggup buat freckles tiruan.

Selain itu, Sadie sekadar menyikat kening supaya kemas terletak dan mengoles gincu dengan warna-warna terang seperti merah jambu. Walaupun sering berasa sangsi dengan keserasian warna gincu dan warna rambutnya. Sadie tak peduli!

IKLAN

Foto – The Glass Magazine

Gincu menjadi kegemaran Sadie Sink sekarang ialah Givenchy Le Rouge Deep Velvet 25 Fuschia Vibrant atau 37 Rouge Graine.

Jujur dengan diri yang kurang gemar bersolek, Sadie sangat tekankan soal penjagaan kulit wajah.

“Rather than putting on a bunch of makeup, I’m pouring in more of my efforts into skincare.”

Membersih wajah pada setiap pagi, menyapu serum vitamin C dan diakhiri dengan pelembap atau krim pelindung matahari.

Foto – WinterIsComing.net

Orang kalau dah lawa, pakai mekap atau tidak mesti akan terserlah. Paling DIVA suka bila Sadie tahu belajar untuk menilai kecantikan dia sendiri dan sangat mengambil berat tentang penjagaan kulit.

Benar, jika kita yakin dan pandai bawa diri..semuanya akan terletak elok!

Tags: sadie sink stranger thingssiapa sadie sinktips cantik sadie sink
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Manis & Minimalis: Sadie Sink Boleh Jadi Contoh Untuk ‘Cantik Semulajadi’

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.