Blue Dragon Series Awards 2022 baru sahaja berlangsung, dan dalam banyak-banyak bintang Korea, Kim Go Eun mencuri tumpuan kerana dirinya bagaikan ‘Cinderella’ pada hari itu.
Mengenakan gaun chiffon biru oleh pereka fesyen terkenal Filipina Monique Lhullier, Kim Go Eun layak digelar best dressed. Gaun strapless dari Koleksi Fall 2022 itu kelihatan anggun dan menyerlahkan lagi keayuan Kim Go Eun, malah rekaannya tak ubah seperti Cinderella.
- Foto – IG @moniquelhuillier
Dipetik dari Preview, pelakon Goblin itu melengkapkan gaya manis dan feminin dengan aksesori Koleksi Chanel Ruban. Dia memakai anting-anting jenis klip-on berbentuk reben emas putih 18K dan seutas rantai berlian yang terletak cantik di atas tulang selangkanya.
IKLAN
- Foto – IG @moniquelhuillier
Penampilan Kim Go Eun turut mendapat perhatian Monique sendiri yang menggambarkannya sebagai “effortlessly elegant” dan DIVA turut bersetuju.
Pada malam itu, Kim Go Eon turut berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi drama Yumi’s Cells. Tahniah!