Oakley dan Staple sekali lagi bergabung untuk mengeluarkan koleksi kaca mata edisi terhad ‘Frogskin’. Membina kerjasama asal yang dikeluarkan oleh duo pada tahun 2010, koleksi eksklusif ini mengembalikan salah satu gaya asal dan memperkenalkan dua gaya baru.
Koleksi kapsul baru ini menggabungkan DNA unik kedua-dua jenama untuk mencipta tiga gaya baru. Di mana ikon Oakley ditampilkan dari sudut berbeza dalam sejarah jenama, menceritakan kisah permulaan kerjasama mereka. Masing-masing memberi penghormatan dan memanfaatkan gaya yang tidak dapat disangkal hanya dimilki oleh Staple.
- Foto – Frogskins STAPLE XXV Black
Tiga gaya Oakley x Staple terdiri daripada Frogskins STAPLE XXV OG, Frogskins STAPLE XXV Black, dan Frogskins STAPLE XXV Panda diperbuat daripada bahan bingkai O MatterTM yang ringan.
IKLAN
Jalur warna memberi penghormatan kepada kerjasama yang memulakan semuanya antara kedua-dua jenama, yang menampilkan kanta PrizmTM Dark Golf lengkap dengan logo STAPLE. Bingkai ketiga-tiga kata mata menggambarkan Pigeon STAPLE, logo jenama yang memberi penghormatan kepada burung di New York.
- Foto – Frogskins STAPLE XXV OG
“Untuk koleksi intimewa ini, kami menggabungkan DNA unik Staple dan Oakley untuk mencipta gaya Frogskin. Elemen reka bentuk visual merujuk kerjasama Oakley pertama saya sejak tahun 2010, diimaginasikan semula dengan teknologi dan inovasi baru,” kata Jeff Staple, Pengasas Staple & Reed Art Department.
- Foto – Frogskins STAPLE XXV Panda
Koleksi Oakley x Staple edisi terhad boleh didapati di Oakley Store KLCC. Info lanjut, boleh pergi ke Oakley.com dan ikuti @Oakley @staplepigeon.