Ada sesiapa tak yang matanya jenis kuyu?
Kebanyakan mereka yang memiliki mata kuyu cenderung untuk lakukan pembedahan kosmetik seperti ‘Foxy Eyes‘ bagi mendapatkan efek terangkat seperti model.
Menerusi pembedahan ‘Face Lift Surgery’, kamu boleh dapatkan kesan yang segera tetapi prosesnya agak menyakitkan. Buat yang tidak berani atau takut lakukan pembedahan tersebut, DIVA ada solusi untuk beri efek terangkat pada mata kamu!
Efek mata terangkat ala-ala model boleh dilakukan dengan hanya gunakan ‘Face Lift Tape‘. Nak tahu bagaimana caranya, baca perkongsian di bawah;
4 Langkah Yang Sangat Mudah!
Face Lift Tape atau Foxy Eye Tape adalah pita yang direka untuk mengangkat mata. Hasilnya mata yang kuyu akan kelihatan lebih panjang dan seksi seperti model.
IKLAN
Bagi pengguna pertama kali, caranya agak tricky tetapi jangan risau ye kerana kamu hanya perlu ikut langkah berikut bagi dapatkan efek terangkat tersebut;
@catalinaacanass Face lift tapes from AliExpress? Have to try them!! #facelift #foxyeye #facelifttape #makeuptutorial #editorial #fyp #celebrityface #viral
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
- Ambil separuh rambut bahagian atas dan kepitkan.
- Kemudian, lekatkan pita di hujung mata dan kening di kedua-dua belah muka.
- Ambil getah pita, lekatkan dan tarik getah di kedua bahagian wajah ke bahagian belakang kepala.
- Akhir sekali kemaskan rambut kamu.
Psst… Face Lift Tape ini kamu boleh pasangnya sebelum atau selepas bersolek tau. Selamat mencuba!