Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Makin Hambar.. Apa Dah Jadi Dengan Jenama Guess?

by Indah Aziz
July 23, 2022
Foto - Guess

Foto - Guess

43
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Teringat pula penulis saat pertama dapat membeli dompet dari jenama Guess. Sungguh teruja dapat menjinjit dompet mewah. Ia antara jenama yang dapat kita kategorikan designer brand yang lebih berpatutan. Jauh dari jenama Hermes, Chanel atau Louis Vuitton yang mengetengahkan konsep high fashion.

Perasan tak, nama Guess kini semakin lenyap dan jarang meniti dibibir-bibir peminat fesyen. Kalau perhati dari ikon fesyen selebriti memang jarang nampak Guees dipamerkan.

Namun Guess tak goyah untuk menambat Jennifer Lopez (2018) dan terkini Sydney Sweeney sebagai Guess Girl mereka. Mungkin ini cara terbaru nak tarik pasaran anak muda.

Foto -WWD

Jadi apa masalah dengan Guess sekarang? 

Jenama denim sensasi ini mula sekitar tahun 1996 yang diasaskan oleh Paul Marciano dan adik beradiknya, Maurice, Georges serta Armand. Mereka mendedahkan idea potongan jeans seksi, ringan dan versatil terutamanya untuk gadis muda.

Tuah menyebelahi apabila nama Guess dijulang dan membuka ratusan butik di seluruh dunia. Malah, Guess juga antara jenama awal yang menggunakan khidmat supermodel terkemuka seperti Claudia Schiffer, Naomi Campbell dan ikon simbol seks Anna Nicole-Smith.

Foto – Nylon / Paper Magazine

Namun pergolakan dalaman tercetus bila perebutan saham, kuasa dan pengurusan jenama yang lemah.

“The Marcianos are inconsistent when managing staff and the overall company culture. It’s a challenging environment”.

Kesannya berlaku beberapa perubahan dan pertambahan koleksi fesyen yang tidak konsisten seperti Guess Home, Guess Baby dan pelbagai macam aksesori jam tangan serta minyak wangi. Akhirnya kecundang dan langsung tidak mempunyai hasil jualan yang memuaskan.

IKLAN

Skandal ‘fast-fashion’

Kalau dah nama ‘fast-fashion’ sudah tentu Guess diantara menggunakan khidmat buruh dan pernah didakwa membayar upah rendah pada pekerjanya.

Bukan itu sahaja, Guess juga agak lewat dalam mengeluarkan koleksi-koleksi terkini tidak seperti saingan jenama ‘fast-fashion’ yang lain contoh ZARA, H&M mahupun lululemon.

Foto – Harper’s Bazaar Arabia

Penutupan butik-butik secara drastik

Peratusan jualan Guess menurun setiap tahun terutamanya untuk butik-butik besar di Amerika. Berbeza pula dengan butik kecil yang mengaut untuk lebih banyak sehingga 80%.

Ia memaksa Paul Marciano untuk menutup butik besar dan mula memahami pembukaan butik yang terlalu drasik dahulu berkemungkinan memberi kesan pada jualan. Beliau masih percaya Guess boleh bertahan biarpun menjadi jenama yang lebih kecil.

Foto – The Business Fashion

Usaha menutup 1,600 butik kepada 800 untuk membolehkan Guess terus hidup dan kekal berniaga dari 10 hingga 20 tahun dari sekarang.

Kalau di Malaysia, anda boleh lihat butik Guess tidak lagi dibuka dimana-mana pusat membeli-belah. Kalau ada pun pasti sudah melabuhkan tirai, tidakpun saiz butik semakin kecil.

Apa memori anda dengan jenama Guess?

Tags: fesyen guessGuess Malaysiasejarah jenama guess
Share17SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Makin Hambar.. Apa Dah Jadi Dengan Jenama Guess?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.