Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tegang Kulit Pakai Sellotape, Ada Amaran Keras Dari Pakar!

by Indah Aziz
July 23, 2022
Foto - WoodsLogSplitter

Foto - WoodsLogSplitter

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mesti ada yang terkejut bukan? Ada pula trend pakai sellotape untuk buat wajah kelihatan tegang!

Ya memang ada dan semakin menjadi-jadi, bila ada ‘beauty influencer’ di Tiktok menyarankan menampal sellotape pada wajah ketika tidur. Supaya ia dapat memberi hasil kulit tegang pada keesokan harinya.

Eh, anda nak cuba ke? Katanya Lady Gaga dan Bella Hadid juga suka guna trik sellotape untuk muka nampak lifting. Tapi anda kena faham, mereka hanya pakai ketika photoshoot bukan pakai semasa tidur!

Foto – The Mirror

Proses memakai tape ketika waktu tidur amat ditegah oleh pakar dermatologi. Ini kerana ia boleh merosakkan skin barrier.

Apa itu face tape?

Ia adalah satu kaedah untuk mendapatkan kulit yang tegang dengan menghilangkan kesan kedutan dan kulit kendur pada wajah. Pemakaian tape pada waktu tidur kononnya menjaga otot muka supaya tidak bergerak-gerak (berkedut) atau mengelakkan dari membuat ekspresi muka berlebihan sewaktu tidur.

Kesan negatif pakai face tape ketika tidur

Seperti maklum tadi, memakai face tape ketika tidur sebagai rutin ‘kecantikan’ harian boleh merosakkan skin barrier (lapisan permukaan kulit paling atas).

IKLAN

Sellotape kotor pada kulit yang boleh menyebabkan pori-poti tersumbat, iritasi kulit dan timbul jerawat. Tak lupa juga anda akan mengalami ketidakselesaan semasa tidur.

Foto – Tatler Asia

Lebih menakutkan apabila pakar dermatologi, Dr. Michel Horn menjelaskan, kesan tarikan kulit pada tape berkemungkinan menyebabkan kulit bertambah kedut! Ini kerana anda memaksa otot untuk tegang dan kuat. Akibatnya formasi kedutan kulit kelihatan lebih jelas dalam jangka masa yang panjang.

Alternatif lain bebas kedut? 

Pastikan rutin penjagaan kulit anda lengkap sunscreen dan retinol. Dua produk ini hakikatnya dapat membantu mengurangkan kedutan dan juga mengelakkan tanda penuaan terlalu awal.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan urutan wajah dari klinik atau spa kecantikan yang sah.

Foto – Ohlamour Studio/Stocksy

Senang kata, kita semua jangan mudah terpedaya dengan tips kecantikan yang tular di media sosial. Kalau nak mencuba, lebih baik selidik dahulu kesan baik dan buruk.

Selamat beramal!

Tags: apa itu tape mukakesan pakai tape mukatips pakai tape muka
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Tegang Kulit Pakai Sellotape, Ada Amaran Keras Dari Pakar!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.