Jerawat hormon merujuk kepada jerawat yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Ia disebabkan oleh akil baligh, menopaus, dan juga gangguan hormon seperti PCOS (polycystic ovary syndrome).
Ia cenderung muncul pada usia dewasa, antara 20-an, 30-an, atau bahkan 40-an juga. Jerawat hormon sering muncul pada area zon-T, sama ada dahi, hidung, dan dagu. Boleh juga terbentuk di bahagian bawah pipi dan sekitar garis rahang.
- Foto – Ciel Spa
Nota – PCOS adalah keadaan di mana ovari menghasilkan jumlah androgen yang tidak normal. Wanita dengan PCOS menghasilkan jumlah hormon lelaki yang lebih tinggi daripada biasa. Ketidakseimbangan hormon ini menyebabkan badan mereka melangkau haid dan menyukarkan mereka untuk hamil.
Pilihan Rawatan Untuk Jerawat Hormon
- Pertimbangkan Suplemen
Suplemen seperti zinc atau evening primrose oil boleh membantu. Zinc bersifat anti-radang dan dapat memberikan manfaat semula jadi untuk jerawat.
Evening Primrose Oil mengandungi Omega 3 Gamma-Linolenic Acid (GLA) yang tinggi dan bersifat anti-radang untuk melawan jerawat dari dalam.
- Diet Sihat
- Foto – Healthline
Makanan indeks glisemik tinggi (makanan bergula/roti yang diproses), tenusu (terutama susu skim) dikaitkan dengan pembentukan jerawat. Jadi, penting untuk memahami apa yang anda makan untuk kesihatan secara keseluruhan.
IKLAN
- Benzoyl Peroxide
Benzoyl peroxide adalah bahan yang terkenal untuk memerangi jerawat. Terdapat dalam bentuk gel, pembersih dan spot treatment, bahan ini mempunyai formula kepekatan yang berbeza dari ringan hingga ke sederhana, bergantung pada jerawat.
- Topical Retinoid
Topical retinoid membantu pengelupasan kulit, warna sekata, memudarkan hiperpigmentasi, mencegah bintik hitam dan putih, serta keradangan.
- Topikal Antibiotic
- Foto – Verywell Health
Untuk jerawat sederhana hingga teruk, anda mungkin memerlukan antibiotik untuk mengurangkan jerawat. Luka pada jerawat dapat sembuh lebih cepat apabila antibiotik digunakan pada kawasan yang terkena.
Kitaran haid, kehamilan dan menopaus boleh sebabkan perubahan hormon pada tubuh wanita yang akhirnya terbentuk jerawat hormon.
Jika jerawat masih tidak surut, pergi berjumpa dengan doktor yang berdekatan.