Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Baru Nak Cuba Charlotte Tilbury? Ini Produk Best Seller Wajib Beli

by Indah Aziz
July 24, 2022
Foto - Mecca

Foto - Mecca

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jenama kosmetik Charlotte Tilbury bukan asing lagi antara peminat kecantikan dan solekan. Ia sudah berada dipasaran sejak tahun 2013, dan telah mengeluarkan pelbagai produk kosmetik menjadi kegemaran bukan sahaja mekap artis, selebriti malah para sosialit.

Charlotte Tilbury mengetengah konsep glamour, feminin dan mewah. Lihat sahaja nama setiap produk selalunya dramatik dan pembungkusan disadur kemas dengan warna rose gold.

Agaknya produk apa yang menjadi best-seller dari Charlotte Tilbury. Boleh lah DIVA dan anda cuba bersama. Ayuh!

#1 Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Powder

Sentuhan bedak lembut ini menjadikan kulit tampak lebih halus dan menyembunyikan liang pori-pori. Tekstur bedak yang ringan memudahkan aplikasi dan sangat bagus menyerap lebihan minyak pada kulit. Sesudah mekap, anda boleh menyapu bedak ini pada bahagian T-zone atau bahagian muka yang mudah berminyak. Ia boleh tahan sehingga 8 jam!

Foto – POPSUGAR

#2 Charlotte Tilbury Matte Revolution Lipsticks

Kalau anda tanya sahaja apa yang paling best dari Charlotte Tilbury, pasti anda akan dapat jawapan yang sama iaitu koleksi gincu matte Revolution. Ia telah menjadi fenomena kerana pilihan warna pastel-nude yang cukup menawan. Ditambah pula dengan formula tahan lama, mudah dipakai dan melembabkan bibir biarpun matte. Warna gincu yang DIVA suggest untuk anda beli ialah Pillow Talk sebab ia warna nude pink yang sesuai untuk semua tona kulit.

IKLAN

Foto – Survivorpeach

#3 Charlotte Tilbury Pillow Talk Push Up Lashes! Mascara

Dari koleksi Pillow Talk, maskara ini merupakan produk yang dapat rating paling tinggi! Ia memenuhi kepuasan peminat maskara dengan hasil bulu mata lentik, tebal dan tidak bergumpal. Walaupun ia beri kesan dramatik tapi masih mengekalkan sifat bulu mata yang natural. Jadi maskara ini sesuai untuk dipakai setiap hari.

Foto – The Independent

#4 Charlotte Tilbury Magic Night Cream

Jenama anggun ini juga mempunyai produk penjagaan kulit dan paling best ialah krim malam, Magic Night Cream. Krim ini berupaya menghidrat dan mengembalikan semula keremajaan kulit semasa tidur. Hasilnya, bangun pagi esok kulit lebih berseri, subur dan kurang kedutan. Kandungan Vitamin E, retinol dan Q10 enzim sangat membantu kulit terutamanya bagi kulit matang usia 30 tahun keatas.

Foto – Charlotte Tilbury

#5 Charlotte Tilbury Filmstar Bronze & Glow

Antara produk mekap yang paling berbaloi untuk anda invest dari Charlotte Tilbury! Palet contour dan highlight yang cukup mengagumkan dengan formula mudah blend dan ringan. Hasil contour anda akan kelihatan lembut, manakala pantulan highlighter yang samar-samar.

Foto – Makeup Sessions

DIVA paling berkenan dengan Pillow Talk Push Mascara dan Revolution Matte Lipstick. Anda pula bagaimana?

Tags: best seller charlotte tilburycharlotte tilburyproduk charlotte tilbury
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Baru Nak Cuba Charlotte Tilbury? Ini Produk Best Seller Wajib Beli

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.