Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Trend Inai Kuku Kembali, #DIVAKongsi Antara Jenama Yang Popular!

by Soph.Azz
July 20, 2022
Foto - @rozitachewan1 (IG)

Foto - @rozitachewan1 (IG)

97
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Perasan tak kebelakangan ini, trend inai kuku kembali mencetuskan fenomenanya. Dan apa yang DIVA boleh simpulkan, trend ini menyebabkan terdapat banyak jenis inai yang dijual.

Berbeza daripada dulu, inai kuku masa kini lebih mudah untuk diguna; memandangkan ada yang siap dibancuh, dihasilkan dalam bentuk serbuk dan berada dalam pek yang praktikal.

Buat yang teringin nak pakai inai kuku dan sertai trend ini, DIVA kongsikan beberapa jenama yang boleh kamu pertimbangkan untuk membeli inai kuku.

Inai Ratu 

Menggunakan daun inai, Inai Ratu menggunakan pek kon di mana kamu akan berasa mudah untuk menggunakannya. Hanya potong di hujungnya dan picit di atas kuku.

Foto – @inairatu_hq (IG)

Jika rasa susah untuk pakai inai kon, kamu juga boleh dapatkan inai peel off dalam dua warna iaitu maroon dan merah.

Inai Che Ta 

Berwarna merah pekat, pelakon Rozita Che Wan turut memperkenalkan rangkaian inai kukunya yang diberi nama Inai Che Ta.

Foto – @rozitachewan1 (IG)

Hanya dijual pada harga RM15, pelakon ini mendedahkan inainya sesuai dipakai secara harian atau untuk sebarang majlis seperti bertunang atau berkahwin.

Innai Nunha

Diasaskan oleh pelakon dan pengacara Neelofa, Inai Nunha ini menampilkan warna koko gelap. Sesuai untuk mereka yang tidak sukakan warna yang terang, kamu boleh dapatkan inai tersebut.

IKLAN

Foto – @nunha.co (IG)

Inai Nunha ini perlu dibancuh terlebih dahulu dan ada beberapa pantang larangnya untuk dapatkan warna koko gelap seperti Neelofa.

Inai Kesuma 

Jangan hairan kenapa inainya berbau seperti pokok memandangkan ia diperbuat terus daripada daun inai.

Foto – @inaikesuma (IG)

Inai Kesuma yang menjualnya dalam bentuk pes, tahan sehingga 6 bulan dan perlu pakai sekitar 3-4 jam untuk dapatkan warna yang lebih terang serta tahan lama.

Inai Republic

Sah untuk dipakai semasa solat, Inai Republic merupakan ‘Instant Henna’ yang dibancuh khas dengan ramuan semula jadi seperti minyak zaitun, minyak lavender dan banyak lagi.

Foto – @inairepublichq (IG)

Kesan pemakaian inai ini adalah seawal lima minit dan kamu boleh dapatkan dalam tiga warna; pink, maroon dan hitam.

Inai Di Jari by Tyraimi

Sama ada nak pakai inai celup atau inai kuku, kamu boleh dapatkannya di sini.

Foto – @tyraimi_hq (IG)

Menariknya bila beli di sini, kamu akan boleh membeli berdasarkan pakej atau pun tidak seperti set inai celup dan sticker serta nail henna yang terdiri daripada dua warna; merah dan brownish maroon.

Happy shopping!

Tags: inai che tainai republicinnai nunhajenama inai kuku
Share39SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Trend Inai Kuku Kembali, #DIVAKongsi Antara Jenama Yang Popular!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.