Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

5 Foto Terbaru Melly Goeslaw, Tidak Lagi Obesiti Selepas Pembedahan Bariatrik

by Soph.Azz
July 20, 2022
Foto - Tribun News

Foto - Tribun News

24
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Bismillah saya ingin berkongsi detik bahagia saa, salah satu langkah besar dalam hidup saya yang sangat menyeronokkan. Saya melakukan bariatrik. Sila browsing apakah itu bariatric.”- Melly Goeslaw.

Penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw muncul dengan penampilan barunya; lebih langsing dan sihat berbanding sebelum ini. Perubahan bentuk badannya itu dikatakan selepas menjalani pembedahan bariatrik.

Sebelum menjalani pembedahan, Melly telah mengikuti program diet dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg; dan masih mempunyai sekitar 35kguntuk diturunkan lagi. Ini kerana berat badannya masih berada dalam kategori obesiti atau berlebihan.

Foto – @melly_goeslaw (IG)

Dan disebabkan oleh itu, Melly mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik bagi menurunkan berat badan selebihnya. Buat yang tertanya-tanya tentang pembedahan ini, baca perkongsian DIVA di bawah;

Pembedahan bariatrik adalah…

Dipertik daripada Web MD, bariatrik merupakan satu pembedahan yang menjadi alternatif untuk mereka turunkan berat badan; selepas diet dan senaman terbukti tidak efektif untuk turunkan berat badan ideal.

IKLAN

Foto – @melly_goeslaw (IG)

Sekadar info, pembedahan bariatrik ini membantu penurunan berat badan individu berkenaan dengan mengubah cara sistem pencernaannya. Dan untuk lakukan pembedahan ini, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan seperti;

  • Gastric bypass – Kantung kecil di atas perut akan dibuat untuk pisahkan dari bahagian perut lain dan usus kecil akan disambung bersamanya; jumlah makanan dan penyerapan kalori akan dihadkan.
  • Doudenal switch – Kantung berbentuk tiub dicipta di seluruh bahagian perut dan sebahagian besar usus kecil untuk kawal jumlah makanan ditampung oleh perut.
  • Sleeve gastrectomy – Pengalihan perut hampir 80% menjadikan perut menjadi lebih kecil dan hormon ghrelin dikeluarkan untuk kawal selera makan.
  • Gastric band adjustment – Band akan diletakkan di atas perut untuk hasilkan kantung yang kecil dan saiznya akan berkurang dari semasa ke semasa.

Bariatrik hanya boleh dilakukan sekiranya…

Seperti yang DIVA kongsi di atas, pembedahan bariatrik hanya boleh dilakukan oleh mereka yang sudah jalani diet dan senaman dan masih alami kesukaran untuk turunkan berat badan.

Foto – @melly_goeslaw (IG)

Selain daripada itu, pembedahan ini juga akan dicadangkan pada mereka yang alami kesakitan akibat berat  badan berlebihan.

Dan perlu diingat, pembedahan ini tidak semestinya semua orang yang alami berat badan berlebihan boleh lakukannya. Akan ada kriteria perubatan yang tertentu, dipantau oleh doktor.

Foto – @melly_goeslaw (IG)

Apa-apa pun, alhamdulillah dan tahniah Melly untuk pembedahan tersebut!

Tags: melly goeslawmelly goeslaw bariatricpembedahan bariatric
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    5 Foto Terbaru Melly Goeslaw, Tidak Lagi Obesiti Selepas Pembedahan Bariatrik

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.