Rasanya setiap orang memilki satu koleksi Levi’s, khususnya untuk item seluar jeans yang ikonik.
Memiliki arkib yang menyimpan rekod sejak 149 tahun lalu, Levi’s terusan menjadi inspirasi untuk koleksi masa kininya. Ia adalah jelas apabila Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2022 tercipta, yang digelar “Archives Reinvented” (Rekaan Semula Arkib).
Potongan dan gaya popular Levi’s® di era 80-an, 90-an dan awal 2000 adalah sebahagian besar daripada koleksi Musim Luruh ‘22 dan penerokaan arkib Levi’s® telah menjadi elemen penting untuk koleksi terbaru ini.
Koleksi Wanita
Siluet dan bentuk lebih menyerlah untuk wanita pada musim ini. Bagi denim, gambaran era 80-an, 90-an dan 2000 ditunjukkan dalam potongan atau fit yang baharu. Rekaan Baggy Dad memaparkan potongan mid-rise dengan bahagian pinggang yang terletak di pinggul dan bahagian punggung yang lebih longgar serta kaki yang menirus sedikit.
- Foto – Levi’s
Selain daripada denim, elemen kebergunaan menjadi tema utama menerusi potongan baharu yang dipanggil Dad Utility. Memaparkan rekaan yang lebih longgar tetapi bahagian kaki yang lurus, diinspirasikan oleh seluar klasik yang sering menjadi pilihan tukang kayu, rekaan terbaharu ini akan berada di pasaran pada bulan Ogos tidak lama lagi.
IKLAN
- Foto – Levi’s
Koleksi Lelaki
Untuk lelaki adalah daripada olahan semula arkib Levi’s®. Dalam rekaan denim, fokus yang diberikan adalah terhadap potongan yang lebih lurus dan selesa. Rekaan klasik seperti 501® Original dan 505 bergabung dengan tafsiran baharu seperti jean 501® ’93 dan 551z, yang telah kembali tahun lalu.
- Foto – Levi’s
Rekaan 551™ Z Authentic Straight Jeans mengimbau kembali ke tahun 1962, di mana rekaan denim selesa dan anti-fit yang pertama. Didatangkan dalam empat pilihan warna, rekaan ini memaparkan jahitan signature Levi’s® yang terletak seinci daripada kelim dan jahitan J-stitch yang lebih lebar di bahagian zip atau fly.
- Foto – Levi’s
Kelim berlapis dan rekaan anti-fit yang tersendiri – potongan lebih longgar yang berbeza dengan gaya slim dan skinny di bahagian punggung – menjadikan jeans berilhamkan gaya vintaj ini sesuai digayakan di gelanggang papan luncur.
Koleksi The Denim Style Levi’s® kini boleh didapati di levi.com.my, kesemua butik Levi’s® dan gedung-gedung di seluruh negara.