Percaya tak di antara kita, setiap seorang pasti sekurang-kurangnya ada sepasang kasut Converse.
Sekadar info, model kasut Converse yang paling popular dan ramai suka adalah Allstar dan Jack Purcell.
Jika dahulu Converse dikenakan kerana mahu tampilkan gaya boyish; tetapi kini tidak lagi kerana ramai yang variasikan cara mereka padankan pakaian dengan Converse.
Bagi mereka yang sudah bosan dengan gaya yang sama, DIVA kongsikan beberapa idea supaya kamu dapat variasikan pemakaian kasut Converse. Lihat di bawah;
Skirt
Tak kiralah maxi, midi, mini, tight fit, flared atau fluffed tulle sekali pun, mana-mana jenis skirt boleh dipadankan dengan kasut Converse.
- Foto – Pinterest
Tips DIVA jika kamu pakai midi skirt atau skirt panjang, jangan gandingkannya dengan kasut low top Converse.
Gaun
Tidak terhad pada gaun labuh atau ala-ala princess, padukan Converse dengan apa jenis gaun yang kamu suka. Daripada corak bunga, abstrak hingga ke gaun bib seperti pinafore semuanya nampak sesuai.
- Foto – Pinterest
Kalau mahu pamerkan bentuk badan kamu, DIVA syorkan untuk kenakan bodycon dress untuk nampak lebih chic dan stylish.
IKLAN
Stokin
DIVA tahu ramai yang suka pakai invisible socks apabila menggayakan Converse mereka. Untuk gaya baru yang lebih segar, DIVA sarankan untuk kamu kenakan anklets socks atau pun mid-calf socks sahaja.
- Foto – Pinterest
Nampak lebih menarik perhatian, kenakan stokin yang berwarna-warni dan bercorak okay?
Blazer
Sama ada jeans panjang atau pendek, kedua-duanya well blend dan nampak sesuai dipadankan dengan kasut Converse. Tapi untuk look yang baru, apa kata kamu tambahkan blazer; fit atau oversized pada gaya sedia ada.
- Foto – Pinterest
Jika mahu kenakan jeans pendek, DIVA cadangkan kamu mengenakan jeans yang sama paras dengan blazer atau lebih pendek.
Cropped Pants
Yang terakhir adalah gandingkan Converse dengan cropped pants. Bagi DIVA, pants (seluar) mempunyai rekaan yang lebih menarik dan membuatkan kaki nampak lebih panjang.
- Foto – Pinterest
Jika tiada seluar, kamu boleh gantikannya dengan boyfriend jeans ataupun mom jeans.
Jangan lupa untuk gayakan beberapa idea di atas okay?