Sama seperti reka bentuknya, Dolce Lily menonjol daripada orang ramai dengan warna merah jambu terang, yang mewakili keperibadian cerah dan bertenaga daripada bau yang berkilauan.
Dolce & Gabbana Beauty memperkenalkan Dolce Lily, EDT baru yang dihasilkan oleh pewangi terkenal Nathalie Cetto dan Nisrine Grillie.
- Foto – Dolce Lily
Dolce Lily menggabungkan bau bunga lily dengan buah markisa eksotik dan latarnya dengan kasturi yang lembut dan berahi. Bau kayu cendana terhasil di pangkalnya, serta vanila menambah kualiti menjadikannya bau yang cukup indah sekali.
Selain bau mengasyikkan, botol Dolce Lily menyerlahkan lagi sisi feminin si pemakai. Botol dengan siluet elegan kini dalam warna merah jambu pop yang mewakili personaliti Dolce Lily yang cerah dan bertenaga.
Penutup botol dengan bentuk bunga ikonik dan reben grosgrain hitam nipis, menambah sentuhan elegan yang merupakan satu lagi signature Dolce. Sebagai perincian kemasan, ‘lily’ tertulis pada botol dalam skrip oren muda, mengingatkan aspek buah-buahan haruman di dalamnya.

Dolce & Gabbana Dolce Lily Eau de Toilette berharga RM245 (30ml), RM335 (50ml) dan RM420 (75ml).
Minyak wangi serba indah tersedia di semua gedung Sephora dan sephora.my.