Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Rasai Kemewahan Teh Kontemporari Bersama Dilmah Tea Yang Mengujakan

by Lisa AG
July 18, 2022
Foto - Dilmah Tea

Foto - Dilmah Tea

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Penggemar teh pasti teruja dengan pengalaman mengujakan dari Dilmah Tea. Menikmati teh kontemporari dalam suasana mewah yang menyeronokkan.

Dilmah, jenama teh dipelopori oleh keluarga, baru-baru ini menganjurkan Hari Penghargaan Teh dan memperkenalkan konsep serba baru bagi minuman teh Dilmah. Bertemakan ‘Crafting a 21st Century Luxury Tea Experience’, Dilmah yang telah pun mempelopori ciptaan teh Ceylon yang asal, terus didorong untuk menjaga asal-usul dan kesegaran teh mereka, serta memperkukuhkannya dengan inovasi teh yang baru.

Foto – Dilhan C. Fernando, Penanam Teh dan Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea

“Dari bentuk bumi, tanah, sehingga ke daun teh, kami mempercayai tenaga alam semula jadi dapat mempengaruhi setiap rasa dalam teh yang dihasilkan di Dilmah.

“Kami menghormati, memelihara dan menghayati alam semula jadi dan membawa sentuhannya dalam setiap bancuhan teh untuk memastikan setiap teguk akan dapat dinikmati oleh seisi keluarga.

“Kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia tentang kualiti dan keaslian secawan teh Dilmah,” kata Dilhan C. Fernando, Penanam Teh dan Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea.

Rangkaian Teh Premium Tersedia Di Dilmah Tea

  • Tea Makers Private Reserve

Koleksi eklektik teh yang jarang dijumpai, dipilih sendiri oleh Pengasas Dilmah, Merril J. Fernando, menjadikannya antara pilihan teh terbaik dan paling eksklusif di dunia.

IKLAN

Foto – Dilmah Tea
  • Silver Jubilee Gourmet Tea

Herba teh ini telah menerima sentuhan abad ke-21, membentuk pilihan cita rasa teh gourmet seperti infusi elderflower bersama epal, ros Ceylon dan pudina, dan banyak lagi.

  • t-series Designer Gourmet Tea

Rangkaian ini menyajikan pelbagai jenis teh gourmet berjenama termasuklah yang jarang dan istimewa seperti Ceylon Silver Tips dan Seasonal Flush. The Seasonal Flush oleh t-Series ialah teh yang sangat jarang ditemui kerana ia merupakan hasil daripada fenomena bermusim yang hanya berlaku dua kali setahun.

  • Dilmah Exceptional

Dilmah Exceptional merupakan campuran infusi herba yang elegan, penuh dengan rasa dengan sentuhan lembut dan wangian yang halus dan menyenangkan.

  • Yum Teas & Infusions

Rangkaian ini adalah gabungan sempurna keenakan teh dan herba, penuh dengan antioksidan. Setiap teh dibungkus secara individu dalam uncang teh terbiodegradasi 100%.

Foto – Dilmah Tea

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Dilmah, sila layari Laman Web, Instagram, Facebook dan Youtube.

Tags: dilmah teapengasas dilmah teateh kontemporari
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Rasai Kemewahan Teh Kontemporari Bersama Dilmah Tea Yang Mengujakan

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.