Label ‘waterproof’ atau kalis air dalam produk solekan tidak asing lagi. Ia satu formula khas yang boleh melindungi mekap dari rosak atau tertanggal apabila terkena air.
Malah mekap waterproof juga menjadi pilihan utama bagi pengguna yang memiliki kulit berminyak. Ini kerana mekap dapat bertahan lebih lama.
Produk-produk yang cenderung kalis air ialah maskara, foundation, eyeliner dan concealer.
Jika anda memang suka dengan produk mekap kalis air, ada beberapa cerita buruk perlu anda tahu tentang formula ini.
Tidak sesuai pakai setiap hari
Buat mereka yang suka pakai waterproof foundation setiap hari, DIVA nasihatkan untuk kurangkan. Kulit yang sering terdedah dengan mekap waterproof akan boleh memberi kesan iritasi, pori-pori tersumbat dan alergik untuk jangka masa yang panjang.
Hati-hati dengan ‘silicone’
Semak kandungan bahan mekap waterproof. Pilih mekap yang bebas dari silicone. Ia biasa ditemui dalam foundation, concealer dan loose powder. Silicone boleh menyebabkan pori-pori tersumbat, pembiakan bakteria dan seterusnya masalah jerawat.
Henti pakai maskara kalis air
Jangan taksub untuk pakai maskara waterproof setiap hari! Formula maskara yang tebal boleh menganggu sifat semulajadi bulu mata untuk melindungi mata dari habuk, kotoran dan serpihan halus. Malah, maskara kalis air juga yang tidak dibersihkan dengan baik akan memberi pelbagai risiko jangkitan dan alergik.

Jadi memang tak boleh pakai mekap waterproof lah?
Eh, masih boleh tapi sekadar memadai untuk solekan yang anda ingin pakai lama seperti majlis perkahwinan, shooting gambar dan sebagainya.
Solusi dari DIVA ialah anda boleh gantikan mekap waterproof kepada label mekap ‘water-resistant’. Ini kerana mekap water-resistant lebih ringan dan bertindak sama seperti mekap waterproof.
Tidak lupa juga ganti kandungan silicone dengan bahan-bahan yang lebih selamat seperti polymers (acrylates copolymer dan isododecan). Polymers dikatakan selamat kerana ia molekul pembentukan lapisan yang ringan dan menyejat untuk memberi kesan mekap lebih tahan lama.

Akhir sekali ialah labur lebih sedikit masa dan wang untuk produk penanggal mekap terutamanya yang berkesan menanggalkan kesan-kesan produk mekap.
Kesihatan kulit lagi penting dari hasil solekan yang tahan lama. Ingat tau!