Sejak musim pandemik yang lalu dah ramai mula ubah gaya hidup terutamanya penekanan dalam bentuk kesihatan.
Bauan aroma terapi mula mendapat tempat di hati masyarakat apabila pengetahuan khasiat dikongsi secara meluas di media sosial.
Bermacam faedah yang terdapat dalam setiap titisan minyak terapi terutamanya dalam membantu pengguna mendapat tidur nyenyak dan mengurangkan dengkuran.
Jika anda mencari sleep potion untuk diffuser pada malam hari, DIVA cadangkan dibawah ini…
#1 Lavender
Kalau bab tidur memang Laveder paling disyorkan kerana ia mempunyai bauan yang sangat menenangkan. Ia bertindak untuk meregangkan segala tekanan dan meningkatkan rasa tenang seterusnya memudahkan proses tidur.
Pilihan DIVA: Jurlique Lavender Pure Essential Oil [RM136]
#2 Ylang Ylang
Bauan ylang ylang rupanya dapat melegakan tekanan, anxiety serta mengimbangi semula tekanan darah. Ini antara sebab yang membuatkan minyak terapi kombinasi ylang ylang sesuai untuk digunakan semasa tidur. Anda pun akan berasa cepat mengantuk dan keesokannya harinya tubuh dan minda lebih cerdas.
Pilihan DIVA: Claire Ylang Ylang Pure Essential Oil [RM65]
IKLAN
#3 Eucalyptus
Unik dengan namanya, minyak pati dari herba ini boleh membantu dengkuran kerana ia bertindak membuka saluran pernafasan untuk aliran udara yang lebih baik. Malah, eucalyptus atau minyak kayu putih ini juga boleh melegakan selesema dan sakit belakang.
Pilihan DIVA: Tanamera Eucalyptus Essential Oil [RM38]
#4 Peppermint
Peppermint atau daun pudina dikenali sebagai aroma yang segar dan melegakan sebarang bauan yang tidak enak. Tapi ketahuilah, peppermint juga mempunyai sifat menenangkan dan melancarkan pernafasan. Jika anda tidur dalam posisi yang tidak selesa atau mengalami apnea tidur. Titisan minyak pati peppermint ialah yang terbaik.
Pilihan DIVA: Neal’s Yard Remedies Peppermint Essential Oil [RM90]
#5 Thyme
Siapa sangka aroma thyme mampu mengurangkan dengkuran semasa tidur malam. Ia melegakan saluran pernafasan, meningkatkan sistem imunisasi dan melegakan ketegangan otot. Tips dari DIVA, pasangan aroma thyme menggunakan diffuser anda 30 minit sebelum waktu tidur.
Pilihan DIVA: Aura Cacia Red Thyme Pure Essential Oil [RM116]
Semoga ia membantu anda, selamat mencuba!