Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Selain Gucci, Ini Pilihan Belt Berjenama Sebagai Tambahan Aksesori Mewah

by Indah Aziz
July 17, 2022
Foto - The Zoe Report

Foto - The Zoe Report

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tali pinggang antara aksesori yang biasa kita lupa, tapi bila dipakai ia mampu mengubah outfit dalam sekelip mata.

Hampir lima tahun lalu, Gucci mula memperkenal belt logo ikonik double-G di pentas peragaan Gucci Fall Show 2015.

Rentetan dari itu, bermula berlumba-lumba label fesyen lain untuk tampil dengan gaya tali pinggan dengan logo masing-masing.

Bosan dengan Gucci, mari DIVA kenalkan beberapa belt cantik berjenama untuk penuhi koleksi aksesori anda.

Hermes – Pop H 15 belt [RM3450]

Kenapa DIVA belt yang ini dari Hermes? Ukuran tali yang kecil bersama perincian yang ringkas sesuai untuk si feminin. Lihat sahaja logo pop H yang tersemat di tali, cukup menawan.

Foto – Hermes

Louis Vuitton – Cruise 25MM Belt [RM3450]

Koleksi belt baru dari LV untuk fesyen Spring-Summer 2022! Mewah dengan lima signature ikonik Louis Vuitton. DIVA boleh nampak anda gayakan belt ini bersama blaus kasual dan dress parti.

IKLAN

Foto – Louis Vuitton

Isabel Marant – Lecce Leather Belt [RM600]

Mungkin anda bukan seorang yang mengejar tanda logo, boleh cuba belt unik dari Isabel Marant. Ia antara belt kegemaran It-Girl kerana ia sangat versatil untuk digayakan. Simpulan belt ini sudah tentu membuatkan anda terima jelingan cemburu!

Foto – Lyst

Versace – Safety Pin Belt [RM2050]

Dah banyak juga logo Medusa diletakkan di dalam setiap koleksi Versace, apa kata untuk belt anda ambil sesuatu yang sedikit berbeza. DIVA suka betul dengan belt berbentuk safety pin ini. Boleh dijadikan aksesori tambah untuk look grunge atau rock.

Foto – Versace

Loewe – Anagram Cutout Belt Corset [RM4968]

Siapa yang tak kenal corak kerawangan jenama Loewe ini. Buat anda yang suka menonjolkan sentuhan aksesori tali pinggang ala korset boleh dijadikan statement baru. Pasti belt ini akan menyerlahkan bentuk pinggang anda yang langsing dan menambah keanggunan.

Foto – Net A Porter

Zimmerman – Double Buckle Wide Belt [RM1224]

Lagi koleksi baru tali pinggang, kali ini dari koleksi Spring 2022 Zimmerman. Belt bertingkat sangat molek digayakan dengan midi dress.

Foto – Zimmermann

Agaknya dari senarai jenama tali pinggang diatas, yang mana telah masuk dalam beg shopping?

Tags: tali pinggang berjenamatali pinggang logo fesyentali pinggang mewah
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Selain Gucci, Ini Pilihan Belt Berjenama Sebagai Tambahan Aksesori Mewah

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.