Kebanyakan daripada wanita akan cuba mengelak daripada bersolek ketika cuaca panas atas alasan “membazir” dan merimaskan. Manakan tidak baru sahaja keluar rumah solekan sudah “cair”.
Selain disebabkan cuaca negara kita yang panas, solekan cair juga disebabkan oleh kulit berminyak. Jadi sebelum bersolek, bersihkan wajah menggunakan pencuci muka yang menggunakan formula mengawal minyak dan tekap minyak menggunakan oil blotter.
Jadi macam mana nak buat?
Muka
Bila nak bersolek, elak menggunakan foundation (bedak asas). Tinted moisturizer atau krim BB adalah alternatif yang lebih baik kerana litupannya lebih ringan.
- Foto – People
Namun jika kamu perlu memakainya (mungkin untuk majlis penting seperti majlis perkahwinan, konvokesyen dan sesi fotografi), pilih yang berformula ringan dan sapu primer terlebih dahulu. Akhiri dengan sapuan bedak translucent.
Mata
Untuk solekan mata pula, sapukan primer pembayang mata terlebih dahulu untuk mengekalkan warna menjadi lebih tahan lama dan tidak bersememeh. Jenis krim, pressed powder atau silicone-based lebih baik kerana ia bersifat lebih lekat.
- Foto – Forbes
Untuk maskara, kamu perlukan jenis formula kalis air. Panaskan pelentik bulu mata dengan pengering rambut dahulu sebelum curling untuk mendapatkan bentuk bulu mata terbentuk cantik yang lebih tahan lama. Tips lain, sapukan bedak padat terlebih dahulu sebelum pemakaian maskarauntuk bulu mata yang lebih lebat dan lekatan maskara yang lebih lama.
IKLAN
Begitu juga dengan penggaris mata. Berbanding jenis pensil atau krayon, penggaris mata jenis gel dan liquid merupakan pilihan yang lebih tepat.
Pipi
- Foto – Tarte Cosmetics
Kamu boleh layangkan cheek stain yang lebih mesra dengan cuaca panas. Blusher jenis krim untuk solekan lebih tahan lama. Sapukan sebelum sapuan bedak asas. Manakala jenis powder sapukan akhir sekali untuk elak kesan cakey.
Bibir
Untuk situasi kasual, oles sahaja tinted lip balm. Lebih fuss free. Pilihan lain, cuba lips stain.
Oleskan lipbalm dahulu sebelum gincu. Cuaca panas tentu akan buat kulit bibir jadi kering dengan lebih cepat. Lip balm dengan perlindungan SPF adalah pilihan yang lebih bijak.
- Foto – Fresh
Gincu jenis matte lebih sesuai untuk berada di bawah panahan sinaran matahari. Untuk kesan yang lebih lama, sapukan bedak padat dahulu sebelum sapuan gincu. Letak bedak sekali lagi, dan oles gincu buat kali kedua. Gincu akan tahan lebih lama terutama bila anda sudah mula berpeluh.
Pastikan kamu sentiasa sediakan kertas penyerap minyak (oil blotter). Ingat jangan gunakan secara menggosok muka. Sebaliknya, mendapkan perlahan-lahan.