Bersih, lembut dan glowing- Kulit aktres Anne Hathaway sangat perfect seperti ramai wanita idamkan!
Sejak awal kemunculannya dalam filem Princess Diaries, kulit wajahnya langsung tak berubah dan masih kekal sama sehingga sekarang. Bakal menginjak usia 40 tahun, wajah Anne yang awet muda itu telah menimbulkan banyak persoalan mengenai rahsia dan apa yang dilakukannya.
Disebabkan oleh itu, DIVA melakukan sedikit research mengenai ‘isu’ tersebut. Dan berikut adalah apa yang DIVA jumpa mengenai rahsia dan amalan yang dilakukan oleh Anne supaya tetap kekal muda!
Wajib pakai sunscreen setiap masa & hari!
Anne pernah berkongsi bahawa rahsia kecantikan ibunya adalah sunscreen. Sejak dari remaja, dia akan menggunakan sunscreen bagi melindungi wajah daripada sinaran UVA dan UVB serta radikal bebas.
- Foto – Pinterest
Jenama sunscreen yang digunakan oleh Anne adalah Actinica Lotion; sunscreen SPF50+ yang mengandungi formula mesra kulit sensitif.
Ambil makanan anti-radang
Dipetik daripada [Shape], jurulatih pemakanan Anne, Jackie Keller mendedahkan aktres ini akan mengambil makanan anti-radang; bijirin penuh, tepung ditapis, alpukat dan sayur-sayuran.
IKLAN
- Foto – @annehathaway (IG)
Untuk pencuci mulut pula, dia akan makan biskut coklat cip tanpa gluten.
Jalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit
- Foto – @annehathaway (IG)
Selain ikuti kelas kecergasan di gim, Anne akan peruntukkan masa untuk berjalan kaki. Katanya senaman kardio ini dapat lancarkan peredaran darah serta udara segar yang dihirup di luar rumah sangat bagus untuk kesihatan mental.
Minum air secukupnya
Nampak sangat senang dan biasa, tetapi minum air kosong dengan secukupnya setiap hari bukan saja dapat berikan kesan baik pada tubuh secara keseluruhan; malah kesihatan kulit juga dapat dijaga dengan baik.
Fokus pada penjagaan kesihatan mental dan kecantikan dari dalam
Selain menitikberatkan pengambilan makanan berkhasiat, bersenam dan sebagainya; Anne juga tidak abaikan kesihatan mental dan kecantikan dalamannya.
- Foto – @annehathaway (IG)
Menerusi perkongsian IG-nya, dia mencadangkan buku panduan mengenai penyembuhan iaitu ‘The Clarity Cleanse‘. Ujarnya buku ini mengandungi tentang pemulihan tenaga baik pada diri.
Rutin yang simple dan mudah diikuti. Selamat beramal!