Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

HABIB Kata Sebelum Beli Barang Kemas Batu Permata Kena Tahu 5 Tips Ini!

by Soph.Azz
July 15, 2022
Foto - HABIB Malaysia

Foto - HABIB Malaysia

94
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

DIVA yakin di antara kita, pasti ada yang sangat gemar mengumpul barang kemas bertatahkan batu permata. Lebih-lebih lagi batu permata yang berwarna-warni, betul tak?

Khas untuk peminat barangan kemas batu permata; HABIB menganjurkan Festival Batu Permata yang berlangsung sehingga 31 Ogos 2022 di seluruh bilik pamerannya.

Bersempena dengan festival tersebut, HABIB mendedahkan setiap peminat barang kemas batu permata perlu tahu lima tips berikut sebelum membeli. Antaranya;

#1 Kenali Jenis Batu Permata & Warna 

Penting untuk kamu tahu setiap batu permata adalah unik, tidak sama dan setiap warnanya akan jadi faktor pemilihan yang utama. Bagi melakukan penilaian, ia perlu menggunakan alat khas dan bukannya mata kasar.

Foto – HABIB Malaysia

Manakala batu permata yang tersedia di pasaran pula akan dibahagikan pada dua kategori. Pertama adalah precious stone yang terdiri daripada safir, zamrud, delima dan berlian. Manakala kategori kedua pula adalah semi-precious; amethyst, tourmaline, topaz, citrine dan opal.

#2 Jenis & Warna Emas Yang Digunakan 

Sebelum beli kamu perlu tahu apa jenis dan mutu emas yang digunakan untuk ikat batu permata. Selalunya mutu emas akan bermula daripada 750 dan ke bawah kerana sifatnya yang kuat dan kukuh.

IKLAN

Foto – HABIB Malaysia

Sifat emas 999 dan 916 tidak disarankan kerana lembut dan mudah dilentur, jadi peluang untuk batu permata keluar dari ikatan adalah tinggi. Bukan itu saja, pemilihan warna emas (kuning, putih dan merah jambu) perlu dititikberatkan supaya dapat tonjolkan warna batu permata.

#3 Anggaran Bajet 

Sama seperti berlian, batu permata dinilai berdasarkan 4Cs (Color = Warna, Clarity = Kejernihan, Carat = Karat, Cut = Potongan).

Di HABIB, barangan kemas permata ditawarkan bermula serendah RM300 dan mampu milik. Malah HABIB juga menawarkan harga yang eksklusif buat mereka yang ingin tampil lebih mewah.

#4 Tujuan Beli Barangan Kemas Jenis Ini

Ramai yang tidak peka, barangan kemas perlu dibeli bersesuaian dengan cara penggayaan. Jika untuk dipakai harian, rekaan yang ringkas dan minimalis sangat sesuai. Kalau untuk acara tertentu, dapatkan rekaan yang menonjol.

Foto – HABIB Malaysia

#5 Cara Penjagaan Yang Paling Tepat

Setiap batu permata mempunyai cara penjagaan yang berbeza dan antara petua yang boleh diamalkan adalah:

  • Jangan simpan bersama batu permata yang mempunyai kekerasan yang berbeza untuk elak tercalar dan bergesel.
  • Gunakan berus lembut dan air sabun yang suam semasa cuci,
Foto – HABIB Malaysia
  • Opal, mutiara dan ambar boleh guna pencuci ultrasonik dan steam; manakala zamrud atau peridot akan alami keretakan serta kerosakan.
  • Simpan dalam bekas yang sesuai dan bukannya beg plastik kerana kimia yang dihasilkan boleh rosakkan permukaan permata.
  • Pastikan guna semburan pewangi, rambut, losyen atau krim sebelum memakai barangan kemas batu permata.
Foto – HABIB Malaysia

Maklumat lanjut mengenai Festival Batu Permata HABIB, kamu boleh layarinya di [WEB], [IG] dan [FB].

Tags: Barang Kemas HABIBhabib batu permatahabib malaysia
Share38SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    HABIB Kata Sebelum Beli Barang Kemas Batu Permata Kena Tahu 5 Tips Ini!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.