“Di Signature Market, kami percaya bahawa kehidupan sihat bukan saja mengenai pemakanan sihat dan senaman. Butik pengalaman ini membuktikan komitmen kami dalam usaha membantu alam sekitar dan masyarakat.
“Kami mencipta sebuah ruang yang dapat memberikan sebuah pengalaman yang tenang dan santai, termasuklah ruang peribadi yang disediakan khusus untuk melepaskan lelah dengan tenang selama beberapa jam.
“Kami percaya bahawa tiara yang lebih daripada menjaga kesihatan mental. Oleh itu, Butik Pengalaman tempat untuk lari daripada kesibukan, berehat dan berhubung dengan diri sendiri,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Signature Market, Edwin Wang.
Ini keunikan Butik Pengalaman Signature Market yang tarletak di Arcoris Mont Kiara.
- Foto – Signature Market
Dilengkapi dengan ruangan yang khusus untuk karya seni di dalam persekitaran mesra alam sekitar, butik baharu itu bakal menempatkan beberapa jenama termasuklah Plant Origins Experience Store dan SEE Cafe, menawarkan pengalaman unik kepada rakyat Malaysia.
IKLAN
Inspirasi di sebalik butik pengalaman Signature Market ini bertitik tolak daripada komitmen jenama itu untuk membantu pelanggan setia mereka dengan menyediakan sebuah ruang yang berupaya meningkatkan tahap kesihatan mental dan rohani mereka.
- Foto – Signature Market
Sebagai sebuah jenama yang sangat menitikberatkan gaya hidup sihat, sememangnya menjadi matlamat pengasasnya untuk kedai ini menggabungkan elemen biofilik yang dapat menggalakkan kesihatan mental dan fizikal.
Dua Pengalaman Unik Tersedia Di Butik Pengalaman Signature Market
Di sebalik butik, terdapat sebuah bilik yang direka khusus untuk Plant Origins. Di sini, pelanggan yang telah membuat janji temu, boleh mengikuti sesi aromaterapi secara peribadi yang membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman menggunakan minyak essential jenama itu, yang mewujudkan suasana tenang dan mesra.
- Foto – Signature Market
SEE Cafe pula menghidangkan kopi istimewa yang disediakan oleh barista terkenal seperti David Leong Weng Wai dan Cino Lim dari Barista Guild Asia. Selain daripada mempunyai kepakaran dalam seni pembuatan kopi, Barista Guild Asia telah mencipta mocktail 100% berasaskan tumbuhan pertama di Malaysia menggunakan sirap buah-buahan yang ditapai.
- Foto – Signature Market
Datang dan rasai pengalaman unik di Signature Market.