Terletak di Damansara Height, Kuala Lumpur; Bungalow18 by Frankitas merupakan sebuah tempat kasual yang diterajui oleh dua rakan baik; Francisca Turner Shaik dan Gayathri Subramaniam.
Walaupun di luar nampak seperti rumah banglo biasa; tetapi bila kamu melangkah masuk ke dalamnya memang akan buat kamu jadi teruja. Untuk pengetahuan kamu, rumah banglo ini merupakan satu ruang baru yang menampilkan pelbagai konsep.
Nak tahu apa yang bakal buat kamu teruja setiap kali kunjungi Bungalow18 by Frankitas, baca perkongsian DIVA di bawah;
5 Sebab Yang Bakal Buat Setiap Wanita Teruja!
Bungalow18 yang diinspirasikan oleh rumah zaman kanak-kanak Gaya; menawarkan ruang yang selamat dan mesra untuk wanita dalam pelbagai cara. Bukan itu saja, rumah banglo ini juga menawarkan beberapa perkhidmatan dalam satu tempat. Antaranya;
#1 The Boutique
Di dalam rumah banglo ini terdapat sebuah butik yang menampilkan pelbagai pilihan jenama indie tempatan. Ada koleksi daripada Frankitas, Fugeelah, Just Gaya’s, Owl X Frankitas, Bayou, Batik Martian hingga ke Favory Home dan banyak lagi.
- Foto – Bungalow18 by Frankitas
#2 Kelas Kecergasan
Jika kamu gemarkan aktiviti kecergasan yang berada di luar rumah sambil menikmati matahari sebanyak yang mungkin; kamu boleh ikuti kelas kecergasan yang dibimbing oleh jurulatif profesional.
- Foto – Bungalow18 by Frankitas
Program kecergasan yang ditawarkan buat masa ini adalah Strength & Barre serta Sculpt & Tone. Selain itu Bungalow18 juga anjurkan Monthly Fitness Marathon; bersenam dan diberikan sarapan pagi yang lazat.
IKLAN
#3 Pop-Up Café
Dibuka pada setiap Jumaat, hanya untuk sarapan pagi dan makan tengah hari; Pop-Up Café menyajikan pelbagai jenis minuman termasuk signature mereka iaitu Bunga Kantan dan makanan klasik Indonesia.
- Foto – Bungalow18 by Frankitas
#4 Event Space
Sekiranya kamu mahu anjurkan perayaan atau acara peribadi, Bungalow18 menawarkan kawasan teres dan taman yang sesuai untuk acara tersebut.
- Foto – Bungalow18 by Frankitas
Psst… Kamu perlu telefon untuk tempah terlebih dulu okay?
#5 The Nail Bar
Apabila kamu memerlukan tempat yang selesa dan tenang untuk berehat, DIVA sarankan untuk kamu ke The Nail Bar mereka. Di sini kamu boleh berehat sambil mendapatkan perkhidmatan manicure dan pedicure yang dilakukan oleh pekerja profesional.
- Foto – Bungalow18 by Frankitas
“Bungalow18 adalah tempat eksklusif di mana semua wanita diraikan, disokong dan diberi kuasa,” – Francisca Turner Shaik.
Jangan lupa untuk kunjungi [Bungalow18 by Frankitas] okay?