Jenama teknologi kecantikan Sweden FOREO sememangnya terkenal dalam menawarkan alat peranti yang sasarkan kepada setiap keperluan penggunannya. Ada yang untuk rawatan spa di rumah, masalah kulit, mata dan mulut hingga pembersihan wajah.
Dan khasnya dalam entri kali ini, DIVA nak kongsikan mengenai FOREO LUNA™ 3 Plus. Peranti ini bukan hanya boleh bersihkan wajah, malah boleh juga rawat masalah kulit lain seperti penuaan.
Tidak mahu ketinggalan, DIVA turut mencuba peranti ini dalam rutin penjagaan wajah harian. Selepas beberapa kali penggunaan, berikut adalah apa yang DIVA rasakan;
Info: Memandangkan skin concern DIVA adalah sensitif, jadi DIVA guna peranti berwarna lilac yang khas untuk jenis kulit ini.
Tanggapan Pertama DIVA
Pertama kali menggunakan peranti ini, DIVA memuat turun aplikasi FOREO terlebih dulu sebelum sambungkannya melalui Bluetooth. Secara peribadi, proses ini sangat mudah untuk mereka yang pertama kali guna.
- Foto – Arkib DIVA
Langkah sambungkan peranti dengan aplikasi FOREO;
- Buka Bluetooth di telefon pintar dan buka aplikasi FOREO.
- Klik tanda (+) dibahagian atas kiri dan pilih ikon LUNA Series.
- Daftar maklumat peribadi, imbas kod siri di bahagian bawah peranti dan siap untuk guna!
Selepas selesai daftar dan sambungkannya, tekan ikon LUNA 3 Plus di bahagian atas untuk senarai rawatan dan maklumat. Bagi memulakan proses pembersihan wajah, DIVA pilih menu “Start Cleansing”.
- Foto – Arkib DIVA
Psst… Sebelum gunakan peranti, pastikan wajah diletakkan pencuci FOREO Micro-Foam Cleanser dulu. Kemudian guna peranti dengan tetapan yang disyorkan. Pada bahagian ini, DIVA rasakan tetapan denyutannya agak kuat untuk kulit sensitif.
DIVA sarankan untuk kamu cuba set dan pilih tetapan yang agak rendah; suhu kira-kira 40°C dan intensity boleh ditingkatkan secara beransur-ansur ikut keperluan kulit.
- Foto – Arkib DIVA
DIVA gerakkan peranti ini dalam gerakan membulat di 4 bahagian wajah; dahi, pipi kanan dan kiri serta dagu. Setiap bahagian disesuaikan dengan tetapan masa dan getaran T-Sonic Pulsation.
Selepas Guna, Ini Yang DIVA Rasa
Ada beberapa ketika DIVA mengalami kesukaran (masalah teknikal) dengan aplikasinya; tidak boleh disambungkan dengan peranti. Tetapi apa yang boleh DIVA katakan, tetapan getaran yang ideal pada peranti ini membuatkan kulit dibersihkan dengan mendalam secara keseluruhannya. Malah DIVA juga ada gantikan dengan pencuci wajah pilihan sendiri dan tiada sebarang masalah kulit yang berlaku.
- Foto – Arkib DIVA
Jika ada yang tertanya-tanya mengenai kesan sampingan lain, DIVA boleh kongsikan tiada sepanjang penggunaan peranti ini. Apa yang penting bila gunakan peranti ini, jangan terlalu menekan kuat pada kulit, tetapi gosok dalam gerakan membulat secara lembut. Barulah tiada kerengsaan dan rasa pedih.
Tambahan pula berus pada peranti ini diperbuat daripada silikon yang sangat lembut, jadi tidak perlu risau kalau ada yang fikirkan ia terlalu kasar pada kulit.
- Foto – Arkib DIVA
Selepas beberapa kali penggunaan dalam masa dua minggu, DIVA gembira kerana perubahannya sangat ketara; tekstur dan keadaan kulit lebih baik. Tambahan pula, jerawat jarang dan tidak kerap timbul seperti sebelum ini.
DIVA Juga Cuba Rawatan Wajah Lain Yang Ditawarkan
“All in one“-Tidak seperti peranti lain, di mana kita memerlukan lebih daripada 2 peranti untuk setiap rawatan wajah yang diperlukan. Tetapi dengan FOREO LUNA™ 3 Plus, DIVA hanya perlu gunakan satu peranti saja!
- Foto – Arkib DIVA
Selain pembersihan wajah, peranti ini mempunyai fungsi urutan dan 5 rawatan wajah lain; Full Facial Toning, Targeted Eye Treatment, Forehead Smoothing & Lifting, Laughing Line Treatment dan Neck Treatment.
DIVA mencuba semua rawatan ini tetapi bukan secara harian. Antara rawatan yang paling DIVA kerap lakukan dan bakal kekalkan dalam rutin penjagaan wajah adalah Targeted Eye Treatment. Jangan lupa sapukan FOREO Serum Serum Serum sebelum guna peranti okay?
- Foto – Arkib DIVA
Dalam aplikasi ini, tutorial akan diberikan; cara penggunaan bagi setiap jenis rawatan wajah. DIVA tak boleh katakan ia 100% boleh atasi masalah penuaan sekelip mata, tetapi jika dibuat dengan kerap dan berdisplin, kamu akan dapat hasil yang diidamkan.
5 Sebab Kenapa DIVA Suka FOREO LUNA™ 3 Plus…
Selepas menggunakan peranti ini beberapa kali dalam masa dua minggu, secara peribadinya ada beberapa sebab yang buatkan DIVA sukakan FOREO LUNA™ 3 Plus;
- Saiznya sebesar sabun bar, muat dalam tapak tangan normal dan tidak mudah tergelincir ketika menggunakannya.
- Bahagian wajah (tepi hidung) yang susah atau agak ‘sempit’ untuk dibersihkan dapat dicuci dengan bersih. Malah bahagian tepi garis rambut dan telinga tidak terkena buih seperti sebelum ini.
- Foto – Arkib DIVA
- Jika tidak boleh dipasang menggunakan aplikasi FOREO, peranti ini boleh digunakan secara manual dan lebih cepat.
- Default mode boleh diubah suai ikut keperluan kulit masing-masing.
- Cara pembersihan dan penjagaan peranti ini sangat mudah, jadi DIVA hanya cuci menggunakan air suam dan sabun; kemudian keringkan guna tuala bersih.
Untuk peranti FOREO LUNA™ 3 Plus, terdapat dua jenis warna peranti yang ditawarkan; pink untuk kulit normal dan lilac untuk kulit sensitif. [BELI SINI]
Secara keseluruhan, DIVA sangat berpuas hati dan beri 4⭐ pada peranti FOREO LUNA™ 3 Plus!