Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Trend Pakai Inai Kuku, Hati-Hati Dengan Bahan Bahaya Ini!

by Indah Aziz
July 16, 2022
88
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Makin menjadi trend pemakaian inai di kuku sehingga ada beberapa selebriti mula memperkenalkan jenama pewarna kuku halal sendiri.

Jika dulu inai hanya dipakai ketika majlis perkahwinan atau sekadar mengikut adat. Kini ia dianggap sebagai trend kecantikan seperti pewarna kuku.

Mungkin ada dikalangan kita rasa terkejar demi mengikuti ‘beauty trend’ini. Jangan lupa, inai yang telah diproses tidak sama dengan daun inai yang dipetik luar rumah.

Sebaiknya selidik dahulu bahan yang ada di dalam produk inai. Tidak kiralah dijual oleh selebriti, toko jamu mahupun pengedar inai biasa.

Foto – Hennaz Art Shop

DIVA harap anda semua waspada dengan kandungan para phenylenediamine (PPD)  yang selalu dicampurkan di dalam produk inai untuk kulit dan rambut.

PPD biasa ditemui di dalam sampel inai hitam (gelap), terutamanya untuk inai rambut bagi memberi hasil yang lebih memuaskan.

IKLAN

Cara nak tahu PPD ada dalam inai yang anda beli ialah ia akan memberi kesan warna hitam biarpun selepas beberapa hari. Berbeza dengan inai bebas-PPD iaitu akan berubah warna dari gelap kepada kemerah-merahan atau coklat gelap.

Masih selamat ke kalau ada sedikit PPD dalam inai? 

Jawapannya langsung tidak selamat! Selepas 48 jam pemakaian akan muncul reaksi ketidakselesaan pada kulit. Antaranya ialah kegatalan yang teruk, keradangan dan lebih parah bila muncul gelembung air.

PPD bukan sahaja terdapat dalam produk kecantikan berasaskan inai. Anda juga perlu berwaspada ketika memilih produk-produk pewarna rambut. Dikhuatiri ada jenama yang  berdegil menggunakan PPD dalam formula mereka.

Foto – Twitter Nun Najmeen

Sekali lagi DIVA ingin tegaskan, ambil tahu tentang produk yang ingin anda gunakan.

Takkan tak serik lagi sebabkan produk viral, akhirnya badan binasa. Lepas itu beramai-ramai mengadu di media sosial.

Tags: bahan bahaya inaikeburukan inaiproduk inai bahaya
Share35SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Trend Pakai Inai Kuku, Hati-Hati Dengan Bahan Bahaya Ini!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.