Ada sahaja trend baharu di TikTok yang sememangnya cantik-cantik belaka!
Kali ini gaya potongan rambut ‘Butterfly’ sudah mula menjadi rebutan pengguna layar video sana. Rupanya ia dipopularkan semula oleh Adisson Rae, Matilda Djerf diikuti oleh Sydney Sweeney dan model Kaia Gerber.
Dulu ia dipanggil sebagai ‘thousand layer’ atau ‘octopus haircut’. Ia potongan rambut bertingkat yang memberi ilusi rambut lebih tebal dan beralun.
Bahagian belakang rambut dibiar panjang sehingga bahu dan bahagian hadapan pula dipotong sehingga bawah dagu. ‘Butterfly cut’ pilihan yang terbaik untuk anda yang ingin rambut tampil sihat dan mudah dijaga.
Namun begitu, ada yang berpendapat hanya rambut tebal dan ikal mayang paling terbaik untuk potongan ini. Betul juga sebab kelebatan rambut menjadi faktor utama untuk mencapai potongan lapisan yang banyak.
Risau tak kena dengan bentuk wajah? Anda boleh lihat video TikTok ini, ternyata ia bukti potongan rama-rama sesuai untuk sesiapa sahaja.
@novablonde IKLAN
The trick to the butterfly cut, is cutting round layers at the crown at a 90° then concave layers on the side at a 90°, face frame from the eyebrows down to the perimeter and traditional curtain bangs, comment if I should do a tutorial on this #butterflycut #blondespecialist #hairtok #hairstylistsoftiktok
Anda juga boleh ikuti cara penjagaan dan rutin hair-do dari tutorial ini.
@thelaraandres #butterflyhair is a thing in 2022 they say 💖 #hairtutorial #fypシ #seamanswife #trendy #hairstyle #layeredhaircut #2022
Kalau anda suka gaya dramatik, DIVA sangat suggest untuk anda cuba ‘Butterfly cut’!