Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Idea Luar Biasa, Ini Koleksi Unik Kasut Giuseppe Zanotti Pilihan DIVA!

by Indah Aziz
July 16, 2022
Foto - Footwear News

Foto - Footwear News

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memang tidak lengkap satu outfit tanpa sepasang kasut yang sepadan. Ia mampu menghidupkan ‘watak’ yang dimainkan oleh si pemakai. Kasut juga sebuah aksesori yang boleh dijadikan sebagai aset mewah atau koleksi simpanan seperti timbunan wang saham. Itu bergantung pada jenama, permintaan dan rekaan edisi terhad.

Jenama Giuseppe Zanotti tidak terlepas dari pemerhatian DIVA tentang himpunan koleksi kasutnya saban tahun. Acap kali menjadi sebutan ramai tentang rekaan kasut tumit tinggi yang luar biasa. Selebriti tempatan, Neelofa antara fan-girl Giuseppe Zanotti sehingga pernah dihadiahkan kasut rekaan khas dari pemilik dan pereka, Mr. Zanotti.

DIVA ingin berkongsi dengan kamu beberapa kasut Giuseppe Zanotti yang unik dan antara best-seller!

Adele – Defying Gravity

Foto – Giuseppe Zanotti / Pinterest

Kasut tumit tinggi yang tanpa tumit? Giuseppe Zanotti sengaja mencipta fenomena kasut yang ‘melanggar’ hukum graviti. Kasut ini antara cabaran utama Mr. Zanotti untuk mendapatkan keseimbangan yang sempurna. Bentuk kasut ini juga merupakan ilham dari kerusi “Panton” dari Verner Panton 1967.

Foto – Only in High Heels

Jangan ingat, ada yang tak berani pakai ya! Victoria Justice dan Lucy Liu antara yang gemar bergaya dengan kasut tanpa tumit ini. Bahkan Lady Gaga juga kerap mengayakan “Adele” ketika melakukan persembahan di atas pentas atau hanya sekadar bersiar-siar.

IKLAN

Platform Heels

Foto – Tarifa

Bebe atau Tarifa, kedua-duanya kasut platform paling laris Giuseppe Zanotti. Tinggi, tebal dan selesa sebab utama koleksi kasut ini yang sering dicari oleh peminat kasut mewah. Rekaan kasut amat versatil, dimana boleh dipakai bersama outfit formal seperti dress labuh atau sudah cukup t-shirt dan jeans sebagai casual wear.

Foto – Laptrinh

Sememangnya platform heels yang tinggi ini, pilihan selebriti-selebriti bertubuh genit seperti Ariana Grande dan Lady Gaga. Kalau buat pencarian di Google ‘Ariana Grande’s shoes’ pasti keluar gambar kasut platform Giuseppe Zanotti.

Harmony Heels

Foto – Your Next Harmony

Rekaan yang ringkas tapi menjadi pujaan ramai! Walaupun tinggi tumit berukuran 4.7 inci tapi ia tetap memenuhi keselesaan kaki. Ini kerana rekaan tiga strap dan bahagian zip belakang yang memeluk bahagian kaki secara menyeluruh. Koleksi Harmony merupakan bestseller Giuseppe Zanotti dan dijual pada harga cukup berpatutan.

Foto – Alamy

Hampir seluruh karpet merah Hollywood dibayangi oleh kasut tumit tinggi Harmony ini. Rata-rata selebriti A-list senang untuk tampil dengan kasut ini. DIVA faham, sebab koleksi Harmony ternyata klasik seperti tidak lapuk ditelan dek zaman dan memberi ilusi kaki seksi dengan cukup mudah.

Sudah mengigau nak ada salah satu kasut Giuseppe Zanotti diatas? Terus sahaja layari https://www.giuseppezanotti.com/ untuk meninjau lebih banyak lagi pilihan!

Tags: fun fact giuseppe zanottigiuseppe zanotti malaysiakasut giuseppe zanotti
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Idea Luar Biasa, Ini Koleksi Unik Kasut Giuseppe Zanotti Pilihan DIVA!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.