Nampaknya permainan warna-warni terus menghiasi pertunjukan fesyen. Baru-baru ini, selebriti Hollywood berkumpul dengan penuh gaya dalam pakaian yang berani dan berwarna-warni di salah satu acara fesyen paling berprofil tinggi yang diadakan di Sicily, Itali.
Antara bintang yang hadir di pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana, termasuk Mariah Carey, Helen Mirren, Sharon Stone, Drew Barrymore dan ramai lagi. Tapi dalam banyak-banyak, tiga ikon ini paling mencuri perhatian dengan gaun yang sangat bold dan fun, terpukau melihat mereka dalam gaya masing-masing.
Mariah Carey
- Foto – Dolce & Gabbana
Penyanyi legenda, Mariah Carey muncul memakai gaun ketat inspirasi jubin Sicilian yang ikonik. Gaun itu sepenuhnya disulam tangan menggunakan kristal Swarovski. Mariah melengkapkan penampilan dengan anting-anting Alta Gioielleria, dan tiara bertatahkan emas.
Helen Mirren
- Foto – Dolce & Gabbana
Helen Mirren, turut mencuri perhatian apabila dia memakai gaun lamé emas dengan jalur berwarna-warni yang dilukis tangan dan pinggang yang dihiasi kristal. Untuk melengkapkan busana, aktres itu membimbit beg kotak Dolce foil emas.
Sharon Stone
- Foto – Dolce & Gabbana
Paling glamor, Sharon Stone memakai bustier lamé emas dengan perincian sulaman Swarovski. Bahagian atas dipadankan dengan seluar satin yang menampilkan kain meleret bermotif bunga dramatik yang dilukis sepenuhnya dengan tangan. Pelakon itu menambah penampilannya yang menakjubkan dengan sepasang tumit tinggi renda emas.
Bukan DIVA sahaja terpana dengan gaya ikon ini, Vogue Italia turut mengambil video Mariah, Helen dan Sharon tersenyum sambil membuat pose bersama.
IKLAN
WOW!