Sana-sini orang bercakap tentang bahan yang sangat hype di pasaran, Snail Mucin. Satu bahan yang diketengahkan k-beauty mempunyai manfaat cukup lumayan pada kulit wajah kita.
Pada yang masih samar-samar dan tidak mengenali Snail Mucin. Ini nak cerita, Snail Mucin atau lendir siput ialah cecair pekat yang terdiri daripada protein, asid glikolik dan elastin yang dihasilkan secara semula jadi oleh siput.
Ia terkenal dengan sifat penghidratan, membaiki kerosakan kulit, merawat jeragat, tona kulit, memudarkan parut jerawat atau pigmentasi, menegangkan kulit, serta meningkatkan pengeluaran elastin dan kolagen untuk memperlahankan tanda-tanda penuaan.
IKLAN
- Foto – Everyday Health
Lagi satu yang menarik tentang Snail Mucin, ia tidak terikat pada mana-mana jenis kulit. Tetapi semua jenis kulit sesuai, kering, berminyak, kombinasi, sensitif berjerawat, semua orang boleh memakainya tanpa was-was.
Boleh ke Snail Mucin dipakai bersama Retinol, Vitamin C, AHA atau BHA?
Ya, kamu boleh! Hal ini kerana Snail Mucin ialah humektan yang lembut dan mempunyai sifat penyembuhan, jadi ia sangat bagus atau dicampur dengan bahan yang kuat atau mengeringkan seperti Retinol, Vitamin C dan AHA dan BHA.
Snail Mucin dan Retinol boleh digunakan bersama. Memandangkan ia adalah bahan penghidratan, kamu boleh menggunakannya terlebih dahulu sebelum melapisi Retinol. Ia akan membantu sebagai penampan jika kulit kamu sensitif.
- Foto – John Lewis
After all, semuanya bergantung pada keadaan kulit kamu juga. Sentiasa peka dan lihat perubahan yang terhasil.