Solekan pada hari perkahwinan memainkan peranan penting, kerana pada waktu itulah kita mahu kelihatan berseri dan paling menonjol. DIVA tak mahulah bila busana kahwin dah gah, dandanan rambut atau hijab dah stail tapi tiba-tiba solekan ada yang kurang. Takut silap hari bulan, ada yang berbisik ‘komen’ tentang solekan kamu. Nak ke?
Sebab itulah kamu kena tahu tentang teknik solekan tahan lama yang kekal sempurna sepanjang hari. Terdapat pelbagai teknik solekan yang ada, namun, paling utama adalah solekan asas. Mencari asas terbaik untuk kulit kamu bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak yang perlu dipertimbangkan, litupan penuh? Litupan ringan? Kemasan matte? Dewy? Kamu perlu mencari asas yang tepat untuk kulit agar kelihatan flawless.
Jadi, bila nak mencari asas terbaik untuk hari perkahwinan, kamu kena tahu perkara ini. Asas kamu perlu bertahan sepanjang hari (terutamanya jika lokasi perkahwinan kamu di tengah panas), perlu kelihatan hebat dałam foto dan secara peribadi, membuatkan kamu yakin dan selesa.
Nak memastikan proses solekan perkahwinan kamu lagi menyeronokkan, penulis sedia membantu kamu dalam menyediakan teknik ringkas untuk penampilan menawan dan berseri-seri. Teknik ini akan buat solekan cantik, serta flawless sepanjang hari.
Setting Spray Sangat Penting
Untuk lock solekan, memberi glow dan kesegaran, jangan sesekali tinggalkan setting spray. Setting spray bertindak sebagai lapisan perlindungan optimum untuk mengelak solekan jadi comot dan bercapuk akibat terdedah pada faktor sekeliling seperti peluh dan minyak muka sepanjang hari.
- Foto – Rimmel
Cadangan DIVA, Lasting Finish Fix & Go Setting Spray. Semburan untuk membantu solekan kamu tahan lebih lama. Produk ini boleh digunakan di bawah solekan untuk berfungsi sebagai primer atau boleh digunakan di atas untuk mengunci solekan pada tempat sehingga 8 jam. Ia berfungsi 2 dalam 1 sebagai primer dan semburan tetapan. Paling best, ia turut dirumus dengan timun dan ekstrak chamomile, di mana membantu solekan kamu kelihatan lebih baik dengan menenangkan dan melembutkan kulit.
Mula Dengan Foundation Pilihan
Apabila memilih foundation perkahwinan, penting untuk mempertimbangkan pelbagai pilihan pencahayaan. Contoh sama ada hari kamu dihabiskan di dalam, atau di luar dalam keadaan yang panas terik.
- Foto – Rimmel
Di sini, DIVA cadangkan Rimmel Lasting Finish 25HR Foundation. Foundation yang memberikan kamu litupan penuh dengan kemasan semula jadi, malah kekal sepanjang hari sekurang-kurangnya 25 jam. Bayangkan.? Kulit kamu turut kekal terhidrat dan segar, hasil daripada kandungan bahan asid hyaluronik + vitamin E.
Lagi sekali, DIVA tekankan foundation yang menawarkan enam shade (#100 Ivory, #200 Soft Beige, #201 Classic Beige, #300 Sand, #303 True Nude, #400 Natural Beige) ini tahan peluh, haba dan kelembapan serta kalis.
IKLAN
Concealer Untuk Tutup Cela
Parut dan cela masih kelihatan, inilah fungsi concealer untuk melakukan kerjanya. Concealer bukan saja boleh memudarkan, malah menutup cela seperti parut jerawat dan lingkaran gelap bawah mata.
- Foto – Rimmel
Kamu tak tahu nak cari concealer sesuai, ini yang best tentang The Multi-Tasker Concealer dari Rimmel. Ia mencerahkan lingkaran gelap, memastikan tona kulit sekata, sangat hidrasi dan kekal terletak di wajah sehingga 24 jam. Formula mudah sapu membolehkan kamu apply ke seluruh wajah atau kawasan tertentu.
Terdapat enam pilihan shade (#020 Fair, #030 Light, #040 Ivory, #060 Nude, #070 Honey, #080 Tan), kamu boleh pilih mengikut warna kulit masing-masing.
Dap Dap Compact Foundation
Jika kamu mahukan litupan penuh dan kemasan bebas kilauan, bedak kompak rahsianya. Sangat mudah digunakan, dan kemasan biasanya matte, yang bermaksud kamu boleh skip setting powder.
- Foto – Rimmel
Produk serba baru Rimmel Lasting Finish Compact Foundation ini miliki tekstur yang lembut, menjadikannya mudah disapu pada kulit, lebih-lebih lagi kulit sensitif. Ianya mengawal kilauan tanpa rasa kering atau ketat (kamu tak perlu asyik nak touch up), dan juga tahan lama sesuai untuk solekan perkahwinan.
Ada empat shade pilihan (#001 Fair Porcelain, #002 Pearl, #003 Sesame, #005 Ivory), sesuai mengikut warna kulit.
Bila asas solekan sempurna, pasti kamu tak menang tangan nak melayan orang datang bergambar. Sehari jadi artis (hehehe).
Jadi, tunggu apa lagi? Layari sekarang juga untuk membeli rangkaian produk Rimmel di Shopee, Lazada, Zalora, Watsons dan Guardian. Info lanjut mengenai Rimmel, klik Facebook, Instagram dan TikTok.