Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Luang Masa Rewatch Filem Romantik ‘Underrated’ Ini Yang…

by Lisa AG
July 12, 2022
Foto - Rotten Tomatoes

Foto - Rotten Tomatoes

24
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jika kamu tiba-tiba mempunyai mood romantik, ini beberapa filem romantik yang underrated mempunyai jalan cerita unik lain daripada yang lain dari awal hingga ke penghabisan.

Kenapa penulis memilih filem-filem ini kerana garapan jalan cerita yang cukup memberi kesan sehingga penulis boleh menonton beberapa kali tanpa sedikit rasa bosan. Bukan itu sahaja, plot filem ini juga turun naik bagaikan rollercoaster – sekejap kita menangis, sekejap kita tersenyum dibuai asmara melihat hubungan cinta mereka.

About Time

Selalunya filem bertemakan pengembaraan kelihatan gelap dan serius tetapi tidak pada About Time. Filem romantik komedi ini akan membuatkan anda tertawa, marah, sedih dan tersentuh dengan jalan ceritanya. Penulis suka kerana Rachel McAdams kelihatan sangat menawan dan fesyennya juga cantik dilihat.

Leap Year

Biasa dengar perumpaan Perigi Cari Timba? Biasanya dalam bab nak meluahkan isi hati, lelaki yang akan luahkan dahulu, jaranglah dilihat wanita nak mulakan mungkin sebab rasa malu yang menebal. Tetapi tidak bagi filem ini.

Anna Brady sanggup travel sehingga ke Dublin, Ireland untuk melamar teman lelakinya pada Leap Day (mengikut tradisi Ireland, lelaki yang dilamar harus menerimanya) tetapi dalam pada itu, kedatangan lelaki baru mengubah persepsi wanita ini.

Before Sunrise

Betullah orang kata cinta itu buta, cinta itu tidak mengenal usia dan berlaku di mana sahaja. Before Sunrise menceritakan tentang seorang lelaki dan wanita muda bertemu di kereta api di Eropah, menghabiskan satu malam bersama di Vienna.

Malangnya, kedua-dua tahu bahawa mungkin malam ini adalah malam terakhir mereka bersama-sama.

IKLAN

Me Before You

Ada lagi ke yang belum tonton filem ini? Permainan emosi ibarat rollercoaster.

William seorang anak jutawan akhirnya ditimpa tangga apabila dirinya menjadi lumpuh setelah terlibat dalam kemalangan. Namun suatu hari, muncul seorang gadis ‘pelik’ bernama Louisa yang ditugaskan menjaganya. Benci bertukar cinta, namun William tidak mahu menerima Louisa kerana dia tahu yang ajalnya menjelang tiba.

Midnight Sun

Menceritaka tentang Katie Price berusia 17 tahun dan menghidap penyakit rare yang membuatkan dia tidak boleh terkena cahaya matahari. Jadi dia tidak boleh bersekolah dan hanya belajar di rumah sahaja sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki.

Dia mula mahu menjalani kehidupan biasa dan keluar untuk bertemu dengan lelaki tersebut walaupun ditegah oleh bapanya.

Five Feet Apart

Namun dalam banyak-banyak kisah cinta, ada juga ceritera yang perlu berakhir dengan kesedihan, seperti yang berlaku di antara Will dan Stella ini.

Diilhamkan dari nukilan novel karya Rachael Lippincott, Mikki Daughtry dan Tobias Iaconis, filem romantis paling menyayat hati untuk tahun 2019 ini adalah berkisarkan seorang gadis 17 tahun bernama Stella, lakonan Haley Lu Richardson, yang saban harinya perlu menghabiskan sisa hidup di hospital kerana penyakit paru-paru Cystic Fibrosis yang tidak ada penawarnya.

Sediakan popcorn dan tonton bersama yang tersayang.

Tags: Filem Romantikfilem underrated
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Luang Masa Rewatch Filem Romantik ‘Underrated’ Ini Yang…

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.