Anne Hathaway slay lagi! Kali ini dirinya diibaratkan seperti ‘Barbie’ dalam persalinan merah jambu dari pakaian hinggalah ke tumit tinggi.
Bintang ‘Princess Diaries’ itu mengenakan dress mini merah jambu terang ketika menghadiri pertunjukan fesyen Valentino Haute Couture di Itali. Dress seksi itu disaluti labuci dan menampilkan ruffle di bawah dadanya.
- Foto – Getty
Anne memadankan penampilan dengan beg mini Valentino dan platform Garavani, kedua-duanya dalam warna fuschia yang sepadan. Rambutnya dibiarkan mengurai tanpa dandanan, manakala solekan dan perhiasan ringkas.
IKLAN
- Foto – Getty
Di Valentino Haute Couture, Anne duduk di barisan hadapan bersama Giancarlo Giammetti, pengasas bersama jenama Valentino, dan ketua pengarang Vogue Anna Wintour.