Jika berkira-kira mahu main salji atau ski pada hujung tahun ini, mula rancang percutian kamu sekarang!
Pada Disember 2022 nanti, Club Med Kiroro, Jepun akan tawarkan percutian yang ideal; bermula daripada pengalaman salji ke persekitaran semula jadi di mana gunung bertemu lautan.
- Foto – Club Med
Bukan itu saja, kamu berpeluang untuk dapat akses kepada lokasi salji terbaik di dunia dengan musim ski serta trek ski yang baru!
Mengambil alih dan gabungkan dua hartanah sedia ada, Club Med mewujudkan satu pusat peranginan bersalji; terletak 3 minit perjalan menaiki kereta atau gondola singkat yang menuju ke domain ski Kiroro.
Club Med Kiroro akan mempunyai dua bangunan iaitu Club Med Kiroro Peak dan Club Med Kiroro Grand; menawarkan pengalaman berbeza kepada tetamu tanpa mengira usia.
IKLAN
- Foto – Club Med
- Club Med Kiroro Peak khas untuk keluarga dan remaja iaitu akses umur minimum adalah 12 tahun.
- Club Med Kiroro Grand pula menempatkan pelbagai aktiviti dan kemudahan berorientasikan keluarga; sesuai untuk setiap peringkat umur.
Antara kemudahan lain yang menarik di Club Med Kiroro:
Kamu patut sertai dan nikmati pelbagai kemudahan yang disediakan termasuklah bengkel pusat alam sekitar hingga ke kolam indoor; ada zon kanak-kanak dan tempat mandi awam.
- Foto – Club Med
Pada masa yang sama, pengunjung Club Med Kiroro juga bukan sahaja boleh rasai budaya Hokkaido tetapi juga sentuhan khas pengaruh Club Med Eropah. Antaranya adalah pastri yang dibuat menggunakan tepung Hokkaido, pelbagai jenis wain dan keju tempatan.
Untuk sebarang info mengenai Club Med Kiroro, Jepun, sentiasa layari web [Club Med], [Facebook] dan [Instagram].