Perhatian untuk si chocoholic!
Bersempena dengan sambutan Hari Coklat Antarabangsa semalam (7/7/2022), jom sertai DIVA untuk rasai pelbagai hidangan berasaskan coklat di Pavilion Kuala Lumpur (KL) sekarang!
Rasa lebih berkrim dan lazat; sama ada gelap, putih, susu, berkacang atau tanpa kacang, ini antara produk coklat di Pavilion KL yang ‘wajib’ kamu cuba!
PAUL
- Foto – Pavilion KL
Di PAUL, terdapat pelbagai jenis pilihan patisserie Perancis yang boleh dipilih; daripada chocolate eclairs, tartlets hingga ke macarons dan kek!
📌 Tingkat 2 (Pavilion KL) & Tingkat Bawah (Intermark Mall)
Quivo
- Foto – Pavilion KL
Bagi kamu yang mahukan hidangan coklat yang berbeza, DIVA cadangkan unyuk kamu cuba Oreo Chocolate Brownie Tower yang menggabungkan aiskrim vanila dan brownies yang diapit seperti sandwich. Atau kamu boleh cuba Melazane Al Cloccolato iaitu terung panggang bersalut coklat dan sos coklat!
📌 Tingkat 3, Pavilion KL
Godiva
- Foto – Pavilion KL
Padanan kon wafel yang rangup dicelup ke dalam coklat, antara perisa yang kamu patut cuba di Godiva adalah; Vanilla White Chocolate Soft Serve, Twist Chocolate Soft Serve, dan Dark Chocolate Soft Serve.
📌 Tingkat 2, Pavilion KL
Maison
- Foto – Pavilion KL
Lebih ‘hot-and-spicy’, nikmati Valrhona Chocolate Fondant yang menggunakan coklat Valrhona 70% untuk rasa yang pedas. Digandingkan pula dengan gelato vanila Madagascar yang berkrim dan ceri masam, memang padanan yang perfect!
IKLAN
📌 Tingkat 2, Pavilion KL
dipndip
- Foto – Pavilion KL
dipndip menawarkan pelbagai pilihan hidangan coklat yang boleh dipilih bermula daripada wafel coklat, penkek, crepe hingga ke secawan coklat panas. Chocoholic wajib datang ke sini!
📌 Tingkat 7, Pavilion KL
D’Empire
- Foto – Pavilion KL
Gabungan seimbang dark chocoalte dan truffle, dihiasi pula dengan aiskrim vanila yang pasti memberikan momen yang lebih istimewa dan romantik!
📌 Tingkat 6, Pavilion KL
Vanille Mille Crepe
- Foto – Pavilion KL
Puaskan ‘nafsu’ coklat kamu dengan kek coklat mille crepe iaitu Midnight Chocolate di Vanille Mille Crepe; di mana setiap lapisannya dipenuhi dengan rasa krim coklat yang kaya!
📌 Tingkat 6, Pavilion KL
Harriston Chocolatier Cafe
- Foto – Pavilion KL
Di kafe ini pula, DIVA syorkan untuk kamu cuba Chocolate Fondue dan Ruby Chocolate Fondue; yang dihiasi dengan pilihan buah-buahan dan makanan ringan yang berwarna-warni.
📌 Tingkat 3, Pavilion KL
Kamu si chocoholic; jangan lepaskan peluang untuk nikmati hidangan coklat yang sedap ini okay?