Selepas rasai sendiri pengalaman custom item pilihan di adidas Brand Centre Sunway Pyramid, DIVA beri 5⭐!
Dalam meningkatkan pengalaman pengunanya, adidas menawarkan customisation zone dalam kedainya sendiri. Menerusi zon khas ini, kamu boleh mengekspresikan diri dan menjadi pencipta hebat melalui item adidas pilihan kamu.
Tapi sebelum itu, tak semua kedai adidas tawarkan perkhidmatan ini. Nak rasai sendiri pengalaman peribadi ini, kamu perlu kunjungi Brand Center Sunway Pyramid, Brand Center Pavilion dan Sneaker Collect KLCC.
Antara Perkhidmatan Di Customisation Zone
Menariknya kamu boleh personalise produk adidas pilihan dengan sendirinya, tetapi akan ada seorang kakitangan adidas yang akan bantu sepanjang proses ini.
- Foto – adidas
Secara umumnya setiap kedai terpilih menawarkan perkhidmatan Vinyl Heat Press; tetapi apa yang membezakanya dan buatkan setiap kedai ini lebih eksklusif adalah perkhidmatan custom lain yang ditawarkan.
IKLAN
Antaranya perkhidmatan custom yang ditawarkan mengikut setiap kedai adidas adalah;
- Foto – adidas
- Brand Centre Sunway Pyramid tawarkan perkhidmatan sulaman untuk pakaian.
- MarkerLab Brand Centre Pavilion tawarkan perkhidmatan garment customisation secara terus iaitu mencetak reka bentuk pada pakaian.
- Sneaker Collect KLCC fokuskan pada footwear-skewed personalization dan bakal tawarkan perkhidmatan sulaman pakaian serta aksesori.
Ikuti Bengkel Customisation di adidas!
Kamu berpeluang untuk sertai bengkel customisation di adidas. Setiap sesi bengkel terbuka pada semua lapisan umur; daripada kanak-kanak hingga orang dewasa.
- Foto – adidas
Untuk memastikan keselamatan pengguna; kakitangan akan membantu mengendalikan bahagian proses yang lebih teknikal dan menggunakan peralatan. Manakala pengguna menumpukan pada menyusun pemperibadian agar lebih sesuai dengan gaya hidup unik mereka.
Pastikan kamu sentiasa aware dengan bengkel bulanan yang dianjurkan oleh adidas yang memfokuskan pada tema berbeza sepanjang tahun!
Sebarang maklumat mengenai perkhidmatan dan customisation zone adidas, layari web [adidas], [Facebook] dan [Instagram]!