Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

6 Pilihan Cadar ‘Cita Rasa Tinggi’ Untuk Si Sleeping Beauty Seperti Kamu

by Indah Aziz
July 9, 2022
Foto - Conde Nast Traveler

Foto - Conde Nast Traveler

42
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tidur umpama seorang puteri raja, diatas katil yang empuk dan cadar yang lembut. Siapa sahaja yang tak inginkan tidur yang begitu selesa dan sudah tentu nyenyak.

Pemilihan cadar yang berkualiti dari segi fabrik, thread count dan ketebalan adalah penting. Ia memberi peranan dalam memastikan kulit sentiasa selesa ketika tidur biarpun dalam cuaca malam yang panas atau sejuk.

Bagi anda yang sangat mementingkan cita rasa untuk kelengkapan tidur. DIVA sediakan beberapa jenama cadar mewah untuk anda add to cart sekarang!

#1 Kapas Living [LINK]

Semuanya dari kapas tidak kira untuk cadar, sarung bantal mahupun tuala. Kapas Living fokus dalam memberikan keselesaan dan aura mewah dalam produk cadar mereka. Ia mempunyai 400 thread count yang sangat baik untuk penggunaan lasak dan lembut pada kulit.

Foto – Kapas Living

#2 Getha Tencel Nano Silver [LINK]

Set cadar Getha kali ini memperkenalkan cadar anti-bakteria, anti-virus serta anti-kulat. Malah, cadar ini sangat baik menyerap lembapan seperti peluh dan memastikan suhu tubuh badan kekal selesa. Ia sangat lembut dan warna piliha seperti beige, biru terang dan kelabu memainkan sifat aesthetic tersendiri.

IKLAN

Foto – Getha

#3 Sheridan [LINK]

Jenama Sheridan tidak asing lagi untuk peminat cadar mewah bercorak. Kebanyakan koleksi cadar Sheridan sering kali menggunakan motif flora dan fauna. Terdapat lebih dari 20 corak cadar untuk anda pilih.

Foto – News Strait Times

#4 Hallmark Luxury Design Collection [LINK]

Buat anda yang menginginkan cadar seperti hotel lima bintang, DIVA cadangkan dari set Hallmark Luxury. Jenama ini menawarkan kadar thread count tinggi sehingga 1200 dan warna cadar yang berkonsepkan minimalis.

Foto – Hallmark | Isetan Kuala Lumpur

#5 Sutra Silk [LINK]

Anda tercari cadar sutera yang asli? Sutra Silk adalah jenama yang tepat! Ia menggunakan kadar 22 sutera momme mulberry. Diyakini efisien menyerap haba, menyejukkan tubuh dan paling penting tidak menyebabkan masalah kulit.

Foto – Sutra Silk

#6 Versace Medusa Apmlified Bed Set [LINK]

Siapa yang bersungguh meminati fesyen Versace wajar tambah set cadar dari Home Collection. Cadar ringkas yang dihiasi logo ikonik Medusa ini diperbuat dari 100% kapas dan mempunyai 3 pilihan warna merah jambu, hitam dan putih.

Foto – Versace

Orang kata biar tidur seperti raja, supaya bila bangun nanti terasa segar untuk tempoh hari yang memenatkan!

Tags: cadar terbaik malaysiajenama cadar malaysiajenama cadar mewah
Share17SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    6 Pilihan Cadar ‘Cita Rasa Tinggi’ Untuk Si Sleeping Beauty Seperti Kamu

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.