Walaupun kulit sensitif disebabkan oleh kecenderungan genetik, tetapi faktor persekitaran juga boleh berkait. Contohnya pencemaran, tekanan, hormon, malah diet kamu juga.
Apabila kulit menjadi sensitif, lipid barrier menjadi lemah dari masa ke masa yang mengakibatkan banyak kesan sampingan negatif termasuk kekeringan dan keradangan.
Inilah sebabnya mengapa kamu harus sentiasa bersedia, dan Cicapair adalah penawarnya! Dengan rangkaian Dr.Jart+ Cicapair, dan Tiger Grass melawan masalah kulit sensitif kamu.
Kuasa Tiger Grass Yang Luar Biasa
Tiger Grass, juga dikenali sebagai Centella Asiatica, mendapat namanya daripada legenda yang menurutnya harimau yang cedera menggosok diri pada tangkai tumbuhan untuk menyembuhkan luka mereka. Kisah ini menceritakan segala-galanya tentang sifat penyembuhan dari Tiger Grass.
- Foto – Dr.Jart+
Dengan komponen seperti Madecassoside, Asiatic Acid, Madecassic Acid, Tiger Grass boleh membantu menenangkan rupa kulit yang merengsa dan menguatkan penghalang kulit sambil melembutkan tekstur kulit.
IKLAN
Bahan Yang Terkandungan Dalam Rangkaian Cicapair
- Centella Complex – Direka untuk kulit sensitif, kompleks ini termasuk Ekstrak Centella Asiatica dan komponen aktifnya Madecassoside, Asiaticoside, Asiatic Acid dan Madecassic Acid.
- Cicabond – Kompleks ini membantu menguatkan kulit daripada rangsangan luar dan meningkatkan kelembapan sambil melindungi penghalang kulit.
- Jartbiome – Kompleks probiotik kulit inovatif yang diperoleh daripada microbiome kulit membantu mengimbangi semula rupa kulit.
2 Bintang Rangkaian Cicapair
- Cicapair Calming Gel Cream, RM185
Gel pelembap ultra-ringan ini mempunyai Tiger Grass yang berkesan melembap dan menenang kulit sensitif, kering, jengkel serta kemerahan.
- Foto – Dr.Jart+
Tekstur yang ringan menjadikannya sesuai digunakan dalam iklim tropika dan cuaca panas, kerana ia terasa menyejukkan apabila diguna dan meresap ke dalam kulit dengan mudah, formulasi yang disyorkan untuk kulit kombinasi.
- Cicapair Calming Serum Mask, RM100
Serum mask ini diselitkan dengan Tiger Grass yang memberikan penjagaan kelembapan yang menenangkan dan mengurangkan kemarahan dengan ketara dalam 48 jam.
- Foto – Dr.Jart+
Bahan aktifnya berfungsi untuk menenangkan kulit yang merengsa, meningkatkan tahap kelembapan, dan menguatkan penghalang kulit untuk memulihkan penampilan yang licin dan sihat.
Rangkaian Cicapair boleh didapati di semua stor Sephora dan sephora.my.