Kepada pembaca yang DIVA sayangi, nak jadi cantik itu bukanlah semata-mata berpandukan pada skills mekap saja tau. Definisi cantik ini sebenarnya lebih kepada keyakinan kamu dengan kulit wajah sebenar, iaitu tanpa sebarang alat mekap sebagai ‘pelindung’.
Nak sihatkan kulit wajah supaya tampil cantik dan yakin tanpa sebarang mekap; nasihat DIVA adalah kamu perlu mula gunakan skincare yang mengandungi bahan probiotik di dalamnya.
Nak tahu kenapa probiotik perlu ada dalam skincare kamu, ketahuinya dalam perkongsian DIVA di bawah;
IKLAN
Kenapa Perlu Mula Guna Probiotik Dalam Skincare?
Berdasarkan kajian yang dilakukan, probiotik mempunyai tiga manfaat pada kulit wajah. Antaranya adalah;
- Foto – Pinterest
- Probiotik membentuk perisai yang melindungi kulit daripada bakteria jahat dengan mencetuskan tindak balas keradangan.
- Sesetengah probiotik berkemampuan dalam menghasilkan bahan antimicrobial iaitu menghalau bakteria jahat daripada permukaan kulit wajah.
- Probiotik boleh menghantar isyarat pada sel kulit untuk tindak balas pada bakteria yang tidak diingini dengan menghasilkan kesan yang lebih menenangkan.
Bukan itu saja, probiotik juga boleh meningkatkan keupayaan kulit wajah kita untuk menghadapi kesan dan pencemaran alam sekitar. Malah bahan ini dikatakan antara yang terbaik bagi mencerahkan, mencegah penuaan, menangkis radikal bebas hingga mengatasi jerawat.
Pilihan Skincare Probiotik DIVA Yang Terbaik!
Bagi kamu yang pertama kali atau sedang mencari skincare yang mengandungi bahan probiotik dalamnya, DIVA sangat syorkan beberapa produk skincare berikut untuk kamu cuba;
BIOSSANCE Squalane + Probiotic Gel Moisturizer [BELI]
- Foto – Sephora
- Sesuai untuk semua jenis kulit, tapi DIVA paling-paling syorkan untuk si kulit kering dan sensitif kerana ia boleh bantu pulihkan keseimbangan kulit dan baharui skin barrier.
ELEMIS Dynamic Resurfing Facial Pads [BELI]
- Foto – Sephora
- Exfoliating pads ini mengandungi lactic acid yang boleh cerahkan kulit; kalau rasa kulit makin kusam dan ‘sesak’ dengan bumpy atau jerawat, DIVA memang syorkan untuk kamu mula gunanya!
BYBI BEAUTY C-Caf Cream Vitamin C & Caffeine Day Cream [BELI]
- Foto – Sephora
- Sangat ringan dan berkhasiat, krim ini lebih sesuai untuk mereka yang sering alami kekeringan, kekusaman, garis halus dan kedutan di wajah.
SATURDAY SKIN Pretty Pop Probiotic Power Whipped Cream [BELI]
- Foto – Sephora
- Bagi kulit yang alami penuaan, kekusaman, kekeringan, kedutan dan sebagainya; nak rasai kulit kamu lembut dan lebih terhidrasi dalam satu malam, DIVA cadangkan untuk guna krim ini!
LA ROCHE-POSAY Lipikar Balm AP+ Intense Repair Moisturizing Cream [BELI]
- Foto – threebs.co
- Untuk si kulit kering, kegatalan dan eczema-prone skin, krim pelembap ini adalah penyelamat hidup kamu!
Mula gunakan skincare yang ada bahan probiotik untuk kulit yang lebih cantik dan sihat tanpa mekap!