Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Dermatologi Approved Snail Mucin Letak Dekat Muka!

by Lisa AG
July 6, 2022
Foto - Cosrx

Foto - Cosrx

22
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Seriuslah letak lendir siput di muka? Gelikan tapi benda ini memang berlaku dan banyak produk di pasaran menggunakan ramuan ini.

Walaupun pakar dermatologi menjelaskan masih belum banyak kajian dijalankan pada lendir siput ini, tetapi kebaikan tidak patut dipandang enteng, dan kenapa ia sangat hype. Pakar membantu kamu memikirkan sama ada ia berbaloi atau tidak menjadikan siput sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit.

Apa Itu Snail Mucin?

Ringkasnya, ia adalah perkumuhan daripada siput. Ia dicipta secara semula jadi dan digunakan oleh siput sebagai cara untuk mereka melindungi diri mereka. Ia adalah bahan yang dipercayai dalam dunia K-beauty dan telah menjadi popular kerana ia boleh menawarkan hasil ketara.

Foto – The Cut

Nota – Ini bukan perkumuhan yang keluar apabila siput bergerak, sebaliknya bahan yang dikumuhkan apabila siput mengalami tekanan.

Menurut dermatologi lagi, snail mucin multi-tasker, dengan keupayaan untuk melakukan segala-galanya daripada melembapkan kepada meningkatkan pengeluaran kolagen, protein yang bertanggungjawab untuk kulit yang kuat, muda, kepada memperbaiki kedutan.

Dermatologi Approved Snail Mucin

  • Melembapkan kulit

Snail mucin mengandungi agen pelembap yang berfungsi untuk membaiki fungsi penghalang kulit dari persekitaran sambil mengunci kelembapan pada masa yang sama.

  • Merangsang pengeluaran kolagen

Oleh kerana snail mucin adalah perkumuhan yang disebabkan oleh tekanan, ia terdiri daripada bahan-bahan yang bertujuan untuk membaiki atau melindungi daripada kecederaan. Ini termasuk faktor pertumbuhan, yang berfungsi dengan mencetuskan pertumbuhan sel kulit baru dan kolagen. Snail mucin juga mengandungi asid glikolik, satu lagi penggalak kolagen.

  • Melegakan kerengsaan

Allantoin ialah satu lagi komponen penting dalam rembesan, bahan dengan sifat penyembuhan yang menenangkan kerengsaan, melicinkan kulit dan merangsang pertumbuhan semula sel.

  • Mengandungi vitamin dan mineral penting
BACA:  Sakitnya Jerawat Dalam Hidung, Ini Kamu Patut Buat Menurut Dermatologi

Snail mucin mengandungi nutrien yang baik untuk kulit, zinc untuk anti-radang dan mangan penyembuhan. Peptide untuk kesan peningkatan kolagen dan pengurangan kedutan. Ia juga mengandungi vitamin A dan E, kedua-duanya adalah antioksidan yang hebat.

Foto – Cosrx

Jika kamu ingin menggunakan snail mucin, dapatkannya dalam serum, kerana ini akan mempunyai kepekatan bahan yang lebih tinggi. Sapukan pagi dan malam, sejurus selepas pembersihan, dan sebelum sebarang produk lain.

FILED UNDER Dermatologilendir siputsnail mucin
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.