Jenama mewah Itali kini sedang menjangkau batas pembuatan pakaian; di mana Valentino kini memperkenalkan tiga gaya kaca mata baru pada Julai ini.
Dedah Valentino, setiap model kaca mata ini dinampakan bersempena dengan ibu pejabatnya yang bersejarah untuk beri penghormatan pada Maison.
Antara nama model kaca mata Valentino Eyewear terbaru ini adalah Paris Place Vendome VIII; Milan Turati XVI dan Rome Mignanelli XXII. Kesemuanya membawa gambaran di mana nadi kreativiti Pierpaolo Picciolli berada.
- Foto – Valentino Eyewear
Ketiga-tiga gaya kaca mata ini juga menampilkan kod signature Valentino seperti rocksturds, logo “V” dan palet warna yang jelas serta halus; mewakili setiap warisan haute couture.
IKLAN
- Foto – Valentino Eyewear
Valentino VIII: Kaca mata berbentuk cat-eye ini menampilkan titanium dan acetate; gabungan gaya retro 50-an dan moden yang lebih feminin. Kaca mata ini tersedia dalam gabungan warna; hitam, coklat jernih dan kristal brodeaux.
- Foto – Valentino Eyewear
Valentino XVI: Berbentuk aviator berinspirasikan 80-an yang bersaiz besar dengan kanta retro lengkungan asas rendah. Terdapat kanta matahari pelbagai warna di luar rim mata; untuk tingkatkan kesan visual dan menyerlahkan palet pelengkap kombinasi warna warisan Valentino.
- Foto – Valentino Eyewear
Valentino XXII: Diilhamkan oleh bingkai peribadi Pengarah Kreatif Valentino; gaya kaca mata ini mempunyai bentuk moden Wellington retro 60-an yang dibuat oleh pawagan Golden Era Italian yang ikonik. Tersedia dalam warna solid black, brown tortoise dan mid-honey tortoise.
Koleksi Valentino Eyewear ini tersedia bermula Julai di butik terpilih, [web Valentino] dan peruncit kaca mata terpilih seluruh dunia.